MENUTUP AURAT KETIKA BERSUKAN

|



Pasukan Hoki SMKAP sedang berlatih.


Pemain Profesional

Islam tidak melarang umatnya bersukan. Rasulullah s.a.w. juga bersukan antaranya memanah,menunggang kuda dan berenang. Tetapi, adakah umat Islam dahulu mendedahkan aurat ketika bersukan ? Jawapannya sudah tentu tidak kerana hukumnya haram. Realitinya di akhir zaman ini ramai lelaki dan wanita mendedahkan aurat semasa bersukan.
Pakaian sukan tajaan Barat memang ketat dan menampakkan aurat. Dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat ( he he he )
Tetapi, hairan bin ajaib pakaian ala cawat itu diperkenalkan juga kepada pemain bowling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah.
Sebenarnya sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Rasanya adakah Allah S.W.T akan merestui usaha kita membentuk perpaduan melalui sukan waimma di peringkat sekolah mahu pun peringkat yang lebih tinggi?
Cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.
Di sekolah para pelajar memang disuruh menutup aurat ketika mengambil bahagian dalam sukan dan permainan. Walaubagaimanapun masih ada pelajar yang tidak mematuhinya. Kenapa ??? Tepuk dada tanya iman....

0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB