GEMA TALBIAH DI SURAU ANNUR

|

Seramai 97 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu, menyertai Kursus Praktikal Mengerjakan Haji di sekolah pada hari Jumaat 6hb November yang lalu

Program anjuran Panitia Agama Islam sekolah disertai pelajar tingkatan 5 bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari.

Acara itu dianjurkan bagi memantapkan kefahaman pelajar tingakatan lima yang akan menduduki SPM pada 18 hb November yang akan datang. Tajuk ibadah haji telah mereka pelajari semasa di tingkatan empat lagi.

Replika Kaabah yang dipinjam dari Masjid Jamek Bagan Serai


Pengetua sekolah , Tuan Haji Zulkipli b Abd Rahman yang memantau sejak dari hari Khamis lagi, berkata sepanjang kursus haji ini kalau boleh lokasinya biarlah jauh antara satu sama lain . Ini kerana ibadah haji memerlukan kesabaran yang kuat. Walaubagaimana pun kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Kursus ini dilakukan di dalam surau sahaja kerana hujan.Penceramah program ialah Tuan Haji Salmi bin Hj Suhaimi , salah seorang tenaga pegajar Madrasah Irsyadiah Sungai Bakap.Beliau berkelulusan Universiti Madinah dan berpengalaman membawa jemaah haji dan umrah.
Peserta diberi bimbingan asas cara mengerjakan ibadat berkenaan termasuk Umrah apabila berada di tanah suci Makkah.Melalui kursus praktikal itu, peserta diberi tunjuk ajar perjalanan ke Padang Arafah sambil bertalbiah, mengutip batu di Muzdalifah, bermalam di Mina,melontar jamrah dan tawaf mengelilingi kaabah melalui replika khas yang diadakan bagi melaksanakan program itu,

Hasil soal selidik mendapati peserta seronok dan mengatakan lebih mudah faham.



Pengetua memantau sehari sebelum program.
Ustaz Haji Salmi menunjuk cara pakai ihram, diperhatikan oleh Ustaz Zawawi.
Jemaah perempuan siap ihram dah !
Ikat kain ihram.
Cara memakai ihram
Praktikal melontar jamrah aqabah


Taklimat sebelum memulakan tawaf



Mendengar taklimat sebelum tawaf.

Menunggu giliran untuk praktikal tawaf.
Lambai di Rukun Yamani.

Replika makam Ibrahim. Bekas tapak kaki, bukan kubur nabi Ibrahim tau !
Tak salah tawaf dalam kawasan maqam Ibrahim

Sampai ja hajar aswad lambai dan kucup tangan.
Sampai marwah ni kira satu tau !
Mendengar taklimat sebelum saie

Mula melangkah untuk Tawaf
Membaca doa di Marwah

0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB