|

PERANAN IBUBAPA KHUSUSNYA TERHADAP ANAK YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM TAHUN 2013

1. Tingkatkan keyakinan diri anak
2. Jaga solatnya
3. Jaga pemakanannya
4. Banyakkan berdoa dan solat Hajat

Gambar sekitar Majlis Konsultasi dan Ceramah Keibubapaan SMK Alor Pongsu 2013 pada 19 Januari 2013 (Sabtu)

Ucapan Pengetua
Penceramah jemputan Ustaz Mohamad Yaakob
Guru Cemerlang Pend. Islam 
Smk Sri Perak
Antara tetamu yang hadir
 Ibubapa bersama pelajar
Sebahagian guru yang hadir



                                                         




AHLAN WA SAHLAN SESI PERSEKOLAHAN 2013

|

Ahlan wa Sahlan kepada semua warga smkap ke sekolah pada tahun 2013 ini..kuatkan azam dan tekad dalam menuntut ilmu..yang penting niat dan adab-adabnya biar betul..InsyaAllah KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT DALAM GENGGAMAN.


ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


1.       IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara
2.       TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -  Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan
3.       MENJAUHI MAKSIAT. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. 
4.       MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain setiap hari.
5.       BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas 
6.       MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
7.       DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka
8.       MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. 

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB