TAHNIAH CIKGU ZAINUN..... Jasamu tetap dikenang.

|

27 Disember 2010 (isnin) merupakan tarikh akhir rasmi Cikgu Md Zainun b Harun bertugas di SMKAP. Beliau yang merupakan Penolong Kanan Ko Kurikulum di SMKAP telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Petang di SMK Alang Iskandar, Bagan Serai. Selama hampir 17 tahun beliau bertugas di SMKAP dan terlalu banyak jasa yang telah beliau curahkan untuk sekolah ini. Pertukaran beliau merupakan satu kehilangan besar buat warga SMKAP , namun apakan daya seluruh warga SMKAP terpaksa merelakan pertukaran beliau. Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti Semoga beliau gembira bertugas di sekolah baru.Ada masa jenguk-jenguklah kami di sini.

Tuan Pengetua SMKAP, Puan Hajah Nor Hidayah menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Zainun



 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB