PELAJAR OH PELAJAR !

|

PELAJAR OH PELAJAR !
Pelajar sekarang tidak seperti pelajar dahulu. Ramai di kalangan mereka mudah melanggar peraturan. Kes ponteng sekolah,ponteng kelas tambahan, ponteng amali solat, poteng ceramah teknik menjawab dan macam-macam lagi kerap berlaku. Semuanya perkara biasa di sekolah masa kini. Kalau dahulu pelajar yang melanggar peraturan boleh dikira dengan jari, tetapi sekarang sudah sama banyak. Pelajar oh pelajar ! Fikirkan lah masa depan anda. Sayangi diri dan kenang lah jasa ibu bapa yang melahir dan membesarkan. Bagaimana nak balas jasa kalau belajar sambil lewa ? Mana akujanji yang anda lafazkan di hadapan mereka ?

1 PENGGUNA 1 SUARA

|

1 PENGGUNA 1 SUARA
Hari ini sabtu 23hb April 2011, satu ceramah pengguna telah diadakan di Dewan SMKAP. Ceramah ini dianjurkan oleh Unit Vokasianal dan Teknik (VOTEK). Penceramah undangan ialah En Mohd Azwan bin Mohd Isa, Peg. dari Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,Cawangan Taiping. Tajuk ceramah “ 1 Pengguna 1 Suara” Banyak imput yang diperolehi dari ceramah beliau antaranya hak pengguna akan dibela sekiranya kita ditipu. Kita juga diminta berhati-hati dengan barangan tiruan yang semakin berleluasa. Ceramah dihadiri oleh guru-guru SMKAP dan sebahagian ahli Kelab PNB SMK Alor Pongsu




















MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA 2011

|



MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA (MSAM)
Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) merupakan agenda tahunan negara yang telah berjaya menarik penyertaan lebih 2 juta pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. MSAM mula dianjurkan oleh PNB pada 20 April, 2000 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC). Dalam tahun tahun berikutnya ia dianjurkan setiap 20 April. Tahun lepas ia diadakan di Kuching, Sarawak dan tahun ini giliran negeri Perak pula.
Kelab PNB SMK Alor Pongsu, seramai 40 orang telah berpeluang mengunjungi pameran tersebut. Tapak pameran sekitar Stadium Indera Mulia, Ipoh.Mereka juga telah mengambil bahagian dalam kuiz PNB. Kos pengangkutan telah dibiayai sepenuhnya oleh PNB.



















Hadiah yang dimenangi oleh Us Fadzil. " Food Steamer "

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

|


Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu telah menganjurkan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kurikulum pada hari Jumaat 15hb April 2011.Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan anugerah kepada pelajar-pelajar SMKAP Bagan Serai yang telah berjaya dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun lalu. Anugerah juga diberi kepada pelajar terbaik bagi setiap subjek, pencapaian tahunan, dan lain-lain.Pengetua SMKAP, Pn Hajah Norhidayah Hashim dalam ucapannya melafazkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga di atas pencapaian pelajar-pelajar yang semakin meningkat dalam keputusan PMR dan SPM tahun ini. Beliau juga melaporkan penglibatan para pelajar yang begitu aktif bukan sahaja dalam bidang akademik, malah juga dalam aktiviti kokurikulum.Contoh kejayaan ialah Johan Kejohanan Hoki Daearah Kerian dan Johan Keseluruhan Kejohanan Tenis,Daerah Kerian. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu Inggeris dan Nasyid. Kehadiran ibu bapa amat memuaskan, tetapi seperti biasa kaum ibu melebihi kaum bapa.Majlis yang berlangsung dengan jayanya ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kerian,Tuan Haji Mat Lazim b Idris.

Sentuhan Jawatankuasa Pentas yang diketuai oleh Cikgu Zuliawati




Apa lagi yang tak kena ni ?

Hello, pendaftaran dah nak tutup ni !

Cover nampak !

Cikgu Misbon dan Cikgu Saharum.

Hj Hasanuddin dan Ustaz Zul tunggu Tuan PPD.

Segak dan bergaya .

Cikgu Johnny pun ada. Satu Malaysia !


Pengawas Sekolah.


Kumpulan Guru Perempuan. Ramai lagi belum beratur !




Macam kenai, saudara ka ?

Sebahagian kaum bapa yang hadir.

Pelajar SPM 2010

Kaum ibu yang hadir.

En Ismail Bakar, YDP PIBG

Persembahan dari Panitia Bahasa Inggeris

Tuan Pengetua, Puan Hajah Nor Hidayah bt Hashim.

Ucapan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian.

Tuan Haji Rosli Ahmad, Pengetua SMK Seri Perak.


Cikgu Yoep, Guru Besar SK Alor Pongsu.


Ustaz Zawawi dan Ustaz Nizam.

DJ Pujaan Ramai bersama krew krewnya.


Jawatankuasa Hadiah.


Kali Pertana........................

Kumpulan Nasyid Sekolah.


YDP PIBG sedang menyampaikan hadiah.



Tuan PPD menyampaikan hadiah kepada pelajar SPM 2010







Nor Izwin Johari, penerima Hadiah Anugerah Khas Pengetua.

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB