SUKAN DAN ISLAM

|

Sukan Tahunan 2010
Pada hari Khamis 25hb Februari 2010, SMK Alor Pongsu, telah mengadakan temasya sukan tahunan kali ke 25. Pelajar telah berhimpun seawal 7.40 pagi. Kedatangan telah diambil untuk cabutan nombor bertuah.
Perbarisan lintas hormat bermula 8.45 pagi. Dr Abdulllah Sani telah dijemput merasmikan temasya kali ini. Temasya kali ini memuatkan beberapa acara sambutan Jubli Perak iaitu Sukan Rakyat. Beberapa acara seperti main congkak,mengayam ketupat dan menarik anak dengan upih pinang telah mendapat sambutan yang baik dari ibu bapa.
Sukan dan Islam.
Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan. Ini ialah kerana Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.

Ucapan alu-aluan dari Tn Hj Zulkipli Abd Rahman, Pengetua SMKAP
Ucapan perasmian dari Dr Abdullah Sani.
Kalau nak menang pun janganlah panggil spiderman !

Siapa nak tarik siapa ni ?


Oleh kerana itulah Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan . Tugasnya termasuk seperti firman Allah SWT
`Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan daripada manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan, kamu melarang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah’.
Apabila seseorang Muslim itu sihat ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang di amanahkan kepada nya oleh Allah SWT serta tanggungjawab lain yang di amanahkan oleh manusia lain kepada nya samada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan. Sebab itu ada perpatah Arab yang berbunyi
`Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’



























Pasangan Juruacara, Cikgu Fariza dan Cikgu Nizar.














Orang Kuat Perbarisan.



RAPTAI PERBARISAN SUKAN TAHUNAN 2010

|

MERENTAS DESA 2010

|

MERENTAS DESA 2010
Tepat jam 8.30 pagi, 20 Februari 2010 (Sabtu), warga pelajar SMKAP berkumpul di Dataran Pongsu untuk menyertai acara Merentas Desa 2010. Taklimat disampaikan oleh En. Md Zainun b Harun selaku GPK Kokurikulum. Larian Merentas Desa sejauh 3.5 kilometer merentasi Kampung Baru, Jalan Penghulu dan Jalan Bagan Serai Selama seterusnya kembali ke sekolah. Sebanyak 6 check-point yang perlu dilalui oleh semua peserta.

Cikgu baru testing, hangpa dah lari. Mai patah balik !


Selain itu, pelajar yang menghidap asma serta pernah patah tangan atau kaki tidak dibenarkan sama sekali mengikuti larian ini. Pihak Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis, semua guru yang terlibat dan peserta-peserta yang turut memberi kerjasama kepada lalu lintas dan kebersihan trek larian.
'MAJULAH KOKURIKULUM UNTUK SMKAP'





Cikgu Zainun dan Tn Hj Hasanudin sebelum melepaskan para peserta.

Di tempat permulaan.
Check point 5


Suasana di garisan penamat.
Biasa la, selepas bertugas kena roti canai dulu ...

Jamuan Tengahari

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB