AT TOHUR SYATRUL IMAN

|

KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan
zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan
al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang
itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an
itu adalah hujah bagimu ( pembela ) atau hujah ke atasmu ( pendakwa ). Setiap manusia keluar waktu pagi,ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Berdasarkan hadis diatas tidak dapat kita nafikan Agama Islam menitik beratkan masalah kebersihan. Buktinya dalam bab ibadah , perkara awal yang dibahaskan ialah bab Taharah iaitu bersuci. Walaupun ada ungkapan ”Jangan Menilai Sesebuah Buku Melalui Kulitnya” tetapi dalam Islam tingkahlaku luaran mengambarkan apa yang ada di dalam hati. Hampir setiap hari pelajar dinasihatkan agar menjaga kebersihan diri dan tempat belajar. Syaitan sebenarnya sukakan tempat-tempat kotor seperti tempat membuang sampah dan tandas.Sekiranya kelas kita kotor maka banyaklah iblis yang datang. Sudah pasti kita akan jauh dari rahmat Allah S.W.T sekiranya tempat kita belajar banyak syaitan di sekeliling.
Kelas 5K2 adalah kelas terbersih setakat ini di SMKAP. Kerjasama yang baik dari pelajar-pelajar kelas tesebut menjadikan kelas mereka sentiasa bersih dan kemas. Langkah awal yang mereka lakukan ialah memasang tikar getah.Semua pelajar dan guru diminta menanggalkan kasut di luar. Amalan menanggalkan kasut diluar sebenarnya sudah menyumbang hampir 80 % kebersihan kelas.Bayangkan jika kita masuk ke rumah kita sendiri tanpa menanggalkan kasut !! Walaubagaimanapun syabas guru tingkatan mereka Cikgu Mohd Fitri Ibrahim !

Kelas 5K2 sentiasa bersih

Jauh dari habuk dan bau yang menyakitkan hidung

Gambar Kecil : Guru Tingkatan En Mohd Fitri Ibrahim


0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB