INNALLAHA MAA AL SOBIRIN

|


Seorang pelajar Tingkatan 5 Sains, Safirdaus terpaksa mengambil peperiksaan SPM berasingan dengan kawan-kawannya yang lain kerana sakit.Selepas menjalani pembedahan apendik tiga tahun yang lepas, beliau tidak dapat duduk lama. Kadang-kadang beliau terpaksa berdiri ketika guru mengajar.Semasa peperiksaan SPM beliau diasingkan di bilik khas yang telah tersedia kerusi biasa, kusyen dan juga tilam. Salah seorang pengawas peperiksaan, Cikgu Shahrizal dari SMK Raja Lope, memberitahu kadang-kadang Safirdaus terpaksa menjawab sambil berbaring.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.Semoga Safirdaus mendapat kejayaan yang cemerlang

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB