MENGINGATI KEMATIAN

|

Adakah kita takut melihat keranda ?

Insafkah kita bila melihat kubur ?


Setiap makhluk, tidak boleh melarikan diri daripada mati, termasuk binatang, jin, malaikat, termasuk malaikat yang mengambil nyawa. Kematian adalah satu hakikat hidup.

Dalam surah al-Ahzab, ayat 16 dijelaskan: Katakanlah, lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri daripada kematian atau pembunuhan dan jika kamu terhindar dari kematian, kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja.

Ketika ditanya tentang kematian, Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa manusia yang baik ialah mereka yang baik budi dan akhlaknya, manakala manusia yang terkaya adalah mereka yang banyak ingatkan mati, juga baik persediaannya.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Orang yang sempurna akalnya ialah mereka yang selalu memperbaiki dirinya dan beramal untuk bekalan mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah mereka yang selalu menurutkan hawa nafsunya, tetapi berharap keampunan Allah tanpa amal.

Allah S.W.T menyuruh agar setiap orang mengingati mati, kerana dengan berbuat demikian, manusia akan sentiasa ingatkan diri, melakukan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Keterangan ini dijelaskan dalam surah al-Baqarah: 94 yang bermaksud, Katakanlah, jikalau kamu menganggap bahawa kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka ingatkanlah kematian, jika andainya kamu memang benar.

Walaupun demikian, mereka yang banyak melakukan dosa dan derhaka kepada Allah S.W.T , mati itu merupakan sesuatu yang menakutkan. Mereka tahu tentang balasan baik dan jahat di akhirat kelak, namun leka tidak menyediakan bekalan baginya.

Sama-samalah kita muhasabah diri.




0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB