MAJLIS MENANDATANGANI LAPORAN KEMAJUAN

|


Ucapan alu-aluan dari Tuan Pengetua


Bahagian Pendaftaran.

Jangan nangis, mak tak marah. Periksa betui nanti buat elok-elok !

Dia ni sat sat tension , tak mau jadi ketua kelas !



Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkkanya. Di sinilah terletaknya tanggungjawab ibu bapa yang diibaratkan sebagai pena yang akan membentuk diri anak-anak. Setiap ibu bapa mengimpikan dan mengharapkan anak-anak mereka, mempunyai akhlak yang baik, mendengar kata, tidak melawan ibu bapa dan taat akan suruhan agama. Salah satu amalan yang tidak akan terputus pahalanya di alam barzakh kelak adalah doa daripada seorang anak yang soleh.

Dalam Al-Quran, surah al-Isra’, ayat 23-24, ‘Maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya(ibu bapa) perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah diri terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “Wahai Tuhanku, kasihilah keduanya sebagaimana keduanya telah mendidikku sewaktu kecilku.

Sebagai umat Islam, segala permasalahan yang berlaku sewajibnya kita kembali semula kepada al-Quran dan Sunnah. Rasullullah s.a.w pernah mengatakan bahawa, kita tidak akan sesat selagimana kita berpegang dengan dua perkara iaitu, Al Quran dan Assunnah..

Rasullullah s.a.w juga telah bersabda : “Suruh anak-anak kamu bersembahyang, apabila mereka mencapai usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak sembahyang, apabila mereka mencapai usia sepuluh tahun dan pisahkanlah antara mereka di tempat tidur.

Di sinilah pendidikan awal anak itu bermula dan mengangkat martabat ibu bapa sebagai guru pertama kepada anak-anak.
Hakikatnya, tidak ramai ibu bapa mengambil berat tentang soal ini. Bagi mereka, cukup sahaja dengan anak-anak diberikan makan dan minum, pakaian, keperluan harian dan hadir ke sekolah serta menyerahkan secara bulat-bulat soal pendidikan anak-anak kepada pihak sekolah, tanpa ada rasa tanggungjawab.

Maka atas kesedaran tanggungjawab bersama inilah pihak sekolah telah mengadakan ceramah keibubapaan dan majlis menadatangani laporan kemajuan pelajar tingkatan 3 dan 5 pada hari Jumaat ( 3hb Julai 2009 ) yang lalu.

0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB