BELAJAR DI SURAU LEBIH BERKAT

|







Pada minggu lepas , atas sokongan Tuan Pengetua, Surau Annur telah membeli 40 buah meja serba guna ( bukan rehal serbaguna ) berukuran 2 kaki x 1 kaki. Meja ini amat sesuai digunakan untuk belajar di surau kerana ia lebih besar dari rehal . Rehal kecil sedikit iaitu berukuran 11 inci x 16 inci . Kelas 4 Sains dan 3A4 adalah antara kelas yang awal menggunakan meja ini dan didapati mereka lebih selesa dan ‘enjoy’ . Pada mulanya sekolah bercadang untuk membeli rehal, tetapi tidak jadi. Ada hikmah tu... Sememangnya rehal itu mulia dan hanya sesuai untuk membaca Al Quran sahaja.


ISLAMKAH MICHAEL JACKSON ?

|



Terkenal dengan gerak tari, juga kaca mata aviator dengan sarung tangan sekuin dan jaket ala-tentera serta seluar ketatnya, Jackson merupakan penghibur paling mengujakan bagi generasinya.
Biar banyak kisah-kisah negatif yang melingkari kehidupannya namun status dirinya sebagai seorang Muslim menjadi antara pertanyaan ramai peminatnya.
Sementelah sebelum ini Jackson pernah dilapor sudah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel yang bermaksud ‘rezeki”.

Jackson dilaporkan oleh akhbar The Sun pada tahun lepas telah mengadakan majlis memeluk Islam di rumah seorang rakannya yang juga penggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro di Los Angeles.
Turut hadir pada majlis itu ialah penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.
Biarpun status agamanya itu masih tidak diketahui namun abangnya, Jermaine memberitahu yang adiknya itu memang telah menunjukkan kecenderungan terhadap agama suci itu sejak awal 90-an lagi.
Jackson mula tertarik dengan ajaran agama suci ini apabila Jermaine memeluk Islam pada 1989 menggunakan nama Muhammad Abdul Aziz.
“Saya menghadiahkan banyak buku tentang keindahan Islam kepadanya selepas saya kembali dari menunaikan haji.
“Beliau banyak bertanya tentang Islam dan saya menceritakan keindahan dan ketenangan yang saya lalui selepas bergelar penganut agama ini kepadanya,” kata Jermaine yang dipetik oleh akhbar Daily Telegraph tahun lepas.

Sumber Utusan Malaysia Online

TAHNIAH

|



Kurniaan anak oleh Allah SWT kepada pasangan suami isteri bukanlah hanya untuk bergembira semata-mata tetapi perlu diterimanya dengan penuh tangunggjawab. Kita sebagai Ibubapa akan dipersoalkan tentang tanggungjawab kita terhadap amanah yang diberikan tersebut seperti maksud hadis yang berbunyi :
“Sesungguhnya Allah akan mempersoalkan kepada setiap penanggugjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya atau mensia-siakannya” Riwayat Ibnu Hiban.

Maka berdasarkan Hadis tersebut kita sebagai Ibubapa kepada anak-anak yang merupakan amanah Allah SWT perlu memikul beban untuk memberi dan memastikan anak-anak kita dididik mengikut acuan pendidikan Islam yang mencakupi aspek lahiriah dan rohaniah dan seterusnya mampu melahirkan generasi Al-Quran yang dapat mengabdikan dirinya kepada Allah swt dan memakmurkan kehidupan manusia di dunia ini. Kita telah melihat akibat pendidikan anak-anak yang tidak seimbang antara duniawi dan ukhrawi yang menyebabkan keruntuhan moral berleluasa pada hari ini. Ini kerana kita hanya bergantung harap semata-mata kepada sekolah dan guru-guru yang mengajar dan ibubapa mengabaikan didikan anak-anak mereka. Lantaran sikap itulah kedewasaan anak-anak mengalami kepincangan akhlak yang amat serius, meskipun mereka dapat menikmati erti kehidupan dan kesenangan yang diberikan. Malah adalah lebih malang lagi apabila anak-anak semakin jauh penghayatan mereka terhadap Islam yang sepatutnya menjadi cara hidup mereka. Kegagalan ibubapa dalam mendidik anak-anak mengikut acuan Islam antara lain adalah kerana kurangnya pendedahan Ibubapa kepada ilmu yang dipanggil “parenting” dan “child development“. Kedua-dua ilmu ini tidak pernah didedahkan secara sistematik kepada Ibubapa. Oleh itu sama-samalah kita berusaha mencari ilmu tersebut…

ISRAK DAN MIKRAJ

|

Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya ingin merakamkan kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj. Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw. secara real sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu segala nabi dan rasul. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw. Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.

Perlu dinyatakan di sini bahwa oleh kerana kejadian ini berlaku secara 'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Ia mesti dipandang sebagai satu kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah dan juga termaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas. Sebenarnya Israk Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya. Manusia pertama yang percaya bulat-bulat 100% ialah Saidinia Abu Bakar. Lantas dia digelar As-Siddiq. Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) sepertimana yang didakwa oleh orientalis. Dalam kesempatan ini saya perturunkan kisah tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.
Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani
Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)
Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.
Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)
Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:
Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang

Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.

Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.

Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah

Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan

Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.

Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.

Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.

Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.

Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti

Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti

Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti

Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu

Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
Nabi tercium bau yang amat harum

Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang

Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya.

Gambaran orang yang makan riba'
Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.

Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:
Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.
Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.
Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.
Langit pertama
Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia.
Langit kedua
Berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.
Langit ketiga
Berjumpa dengan Nabi Yusof
Langit keempat
Berjumpa dengan Nabi Idris
Langit kelima
Berjumpa dengan Nabi Harun
Langit keenam
Berjumpa dengan Nabi Musa
Langit ketujuh
Berjumpa dengan Nabi Ibrahim

SELAMAT KEMBALI

|

14 Jun 2009 (Ahad), Setelah lebih kurang 2 minggu bercuti, para pelajar dan seluruh warga SMK Alor Pongsu akan memulakan sesi pengajian untuk penggal kedua bermula esok...Diucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah..Semoga penggal kedua ini akan memberikan seribu kejayaan kepada seluruh warga sekolah....SELAMAT BELAJAR kepada semua pelajar SMKAP dan SELAMAT MENGAJAR kepada guru-guru SMKAP...Sekian Wassalam.

TAWAF

|

video

Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dan ia merupakan salah satu rukun haji atau umrah. Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang dikerjakan sebaik tiba di Masjidil Haram. Tawaf Wida' pula ialah tawaf selamat tinggal dikerjakan ketika hendak meninggalkan Mekah dan terus pulang ke tanah air.

DULU USTAZ DI SMKAP

|


Ustaz Hasbullah Hj Ahmad dan Ustaz Mohd Azhar Abu Bakar pernah bertugas di SMK Alor Pongsu. Mereka kini telah bertukar. Ustaz Hasbullah bertugas sebagai Pegawai Khas Pend. Islam, di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian manakala Ustaz Azhar bertugas sebagai Penolong Pengarah Pendidikan Islam ( Rendah ), Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
Mereka berdua pernah bertugas di SMK Alor Pongsu bersama –sama Ustaz Fadzil.
Ustaz Azhar dan Ustaz Fadzil sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri. Pada tahun 1988 Ustaz Fadzil telah bertukar baton dengan Ustaz Azhar di SK Tebuk Panchur. Ustaz Azhar yang sedang menunggu tawaran Universiti Al Azhar telah menggantikan Ustaz Fadzil yang mendapat tawaran ke Maktab Perguruan.Pertukaran baton berlaku sekali lagi di SMK Alor Pongsu apabila Ustaz Azhar bertukar ke Mudzaffar Shah dan Ustaz Fadzil yang baru posting menggantikannya.Sejarah pertukaran baton ini hampir berulang lagi di SMK Mudzaffar Shah apabila Ustaz Azhar berpindah ke JPN, tapi tak jadi ... Ustaz Fadzil masih setia di SMKAP.
USTAZ HASBULLAH BERTUKAR KE PPD

USTAZ MOHD AZHAR , DARI SMK MUDZAFFAR KE JPN

USTAZ MUHD FADZIL.... MASIH SETIA DI SMKAP

KEBESARAN ILAHI

|

video

KITA REHAT SAT

|

3B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..
Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."
Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."
Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"
Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."
Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'
Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."
Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."
Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"
Ustaz : "BERCERMIN!"
--------------sumbangan : Jaslina
AJARAN SESAT
Ustaz Rock:Assalamualaikum kelas..
Murid-murid : Waalaikumussalam ustaz..
Ustaz Rock: Hari ni ustaz tanak mengajor sebab ade perkara yang nak ustaz bincang. Isu sensitif nih..
Murid 1 : Isu ape ustaz? Saspen jer bunyinyer..org saspen pun tak saspen camnieh..
Ustaz Rock : Memang sensitif tahap maksima nih..sblum tuh..ade orang pantai timur tak kat sini?
Murid 2 : Saya ustaz..Saya orang ganu
Ustaz Rock : Kamu jangan terasa yer..Ni saya dapat dari ustaz-ustaz seluruh negara..Kajian mendapati orang terengganu ngan kelantan nih tak percaya kepada Tuhan mereka..
Murid 2 : Eh Ustaz..tak baik tuduh-tuduh ustaz..berdosa besar ustaz
Ustaz Rock : Astargfirllahalazim kamu ni..ustaz belum habis cakap lagi..sabo sabo la dulu
Murid 1 : Teruskan ustaz..
Ustaz Rock : Kamu rasa kenapa yer orang pantai timur ni camtu?Apa pendapat kamu?
Murid 1 : Hish..ada unsur-unsur politik ke ni ustaz? Bahaya nie...repot kat pengetua kang baru tau
Ustaz Rock : Ler..ni lagi sorang..takde langsung la..Bebawak mengucap dulu
Murid 2 : Dah tu apa ustaz?
Ustaz Rock : Okla..ustaz terus terang..tapi ni bukan ajaran sesat tau..Sebabnyer orang lain sebut 'Tuhan'..tp orang terengganu sebut 'Tuhang'..org kelantan plak sebut 'Tuhe'..tak gitu?
(lalu Murid 1 dan Murid 2 pun hanya menggeleng kepaler..deii..dah name pun ustaz rock..sabo je la)"

DOA PILIHAN

|



KEM BESTARI SOLAT

|

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Solat itu tiang agama,mendirikannya bermakna mendirikan agama. Meninggalkannya bermakna meruntuhkan agama". Oleh itu antara tujuan kem bestari solat ini memastikan pelajar benar-benar faham tentang ibadah solat.

Fasilitator sedang berbincang.

Kalau tumit kita sama, pasti saf akan lurus, faham dak ?


Kita orang perempuan kaki kena rapat tau !

Sedap makan. Nanti kita suruh ustaz buat kerap sikit !

KENALI SENI KHAT CINTAI SENI KHAT

|

Kain rentang Perkhemahan Seni Khat Untuk Remaja Peringkat Kebangsaan 2007

Semua peserta dari seluruh negara menginap di Hotel Suria.

Peserta lelaki SMKAP


Peserta perempuan SMKAP

Kontinjen Negeri Perak bergambar bersama Ustaz Asrak.

Hasil kerja para peserta. Memang mereka berbakat.
Pada 6 hingga 10 November 2007 buat pertama kali Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan perkhemahan seni khat untuk remaja. Peserta yang dipilih ialah pelajar tingkatan 3 yang baru selesai menduduki PMR. Lokasi nya ialah di Bukit Merah Lake Town Resort. Sekolah yang mewakili negeri Perak ialah SMK Alor Pongsu,SMK Seri Perak,SMK Raja Lope Nor Rashid, SMK Abu Bakar Al Baqir dan SMK Agama Kerian.

FIRQAH JENAZAH MEMENUHI TUNTUTAN FARDU KIFAYAH

|

Keranda sedang diusung ; Al Fatihah...

Latihan Amali : Pelajar-pelajar sedang mengerjakan Solat Jenazah.

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB