BAITI JANNATI ( RUMAHKU SYURGAKU )

|

Membina “Rumahku, Syurgaku”

Keluarga sebenarnya adalah sendi dan asas kepada sesebuah masyarakat. Jika berkecai sesebuah keluarga, maka akan berkecailah masyarakat, dan jika aman damai sesebuah keluarga, maka aman damailah masyarakat berkenaan. Pembentukan dan pemantapan institusi kekeluargaan merupakan asas paling penting kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar.

Oleh hal yang demikian itu, asas tertubuhnya sesebuah keluarga ialah untuk mencari dan mewujudkan kebahagiaan dalam hidup dan kehidupan. Apakah setiap mereka yang berharta itu akan hidup senang dan bahagia? Jawapannya, belum pasti bahagia, malahan mungkin mereka akan mengalami nasib yang sebaliknya.

Keluarga merupakan kelompok paling kecil dalam masyarakat, sekurang-kurangnya dianggotai oleh suami atau isteri, ibu atau bapa dan anak-anak. Ia adalah asas pembentukan sesebuah masyarakat. Kebahagiaan masyarakat pula adalah bergantung kepada setiap keluarga yang menganggotai sesebuah masyarakat.

Sesuatu yang tidak dapat dilihat yang lahir dari hati - seseorang dengan sifat-sifat mulia dan terpuji serta amanah, bersyukur, sangka baik terhadap orang lain dan sebagainya yang kalau dikaitkan dalam sesebuah rumah tangga bahawa kebahagiaan itu merupakan suatu perkara yang amat perlu dalam kehidupan berkeluarga kerana ia menjamin matlamat hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Melihat kepada takrifan ´keluarga´ dan ´bahagia´, mampukah kita mencapai tahap kebahagiaan yang maksimum dalam pembentukan konsep “rumahku, syurgaku”. Mungkin dari segi zahirnya, ia mudah untuk dicapai, namun mampukah ia terjelma menerusi hakikat yang sebenar – mental dan spiritual?
Sumber : YADIM
Gambar Hiasan : Rumah Cikgu Arsalanshah.








MEMAHAMI MAKNA IMSAK

|

MEMAHAMI MAKNA IMSAK PUASA

1. Waktu imsak biasanya 10 minit sebelum waktu Subuh. Kalau waktu solat Subuh pada jam 5.52 pagi, maka waktu imsak ialah pada jam 5.42 pagi.

2. Apa konsep waktu imsak? Sebenarnya ia satu panduan praktikal dalam memulakan puasa pada hari tersebut.

3. Sebenarnya waktu mula tidak boleh makan ia waktu fajar sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187. Tetapi adakah kita semua menanti waktu fajar dengan melihat fajar atau berpandukan azan radio/tv?

4. Sudah tentu kebanyakan kita hanya berpandukan azan di radio/tv sahaja. Di mana pula azan ini dipastikan samada fajar sudah ada atau belum? Sudah tentu berpandukan taqwim waktu solat Subuh. Jadinya semuanya tidak berpandukan hakikat sebenar, sebaliknya berpandukan teori ilmu falak yang menentukan waktu solat sepanjang tahun.

5. Maka dalam hal ini, sebagai panduan maka diletakkan waktu imsak. Tujuannya agar kita berhati-hati.

6. Kalau dalam keadaan biasa, eloklah berhenti waktu imsak. Ini memberikan kita ruang untuk membersihkan diri, menggosok gigi dan bersiap ke masjid untuk solat Subuh.

7. Namun jika keadaan terdesak, hendaklah difahami bahawa harus di makan lagi walaupun sudah masuk waktu imsak. Contohnya terjaga ketika pukul 5.35 pagi. Kalau Subuh pada jam 5.52 pagi, masih ada masa sekitar 15 minit untuk bersahur.

8. Tidak perlu diperdebatkan jika ada yang mahu berhenti makan pada waktu imsak atau jika ada yang masih makan walaupun sudah masuk waktu imsak. Semunya berusaha melaksanakan perintah bersahur dan melewatkan bersahur.

9. Yang mesti ditegur ialah sikap yang masih makan walaupun sudah masuk waktu solat Subuh.

Oleh : Nidzam Kadir

KEMPEN ANTI PONTENG

|



18 hb Julai 2011. Pada hari Isnin,sewaktu perhimpunan telah dilancarkan “Kempen Anti Ponteng”. Kempen ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.Tujuan kempen ini ialah untuk menyedarkan pelajar SMKAP bahawa amalan ponteng tidak memberi faedah langsung malah akan merugikan masa depan mereka. Kempen ini dilancarkan oleh YDP PIBG, En Ismail bin Bakar. Antara Ketua kampung yang hadir bersama ialah Tuan Haji Yusoff bin Mat ( Matang Pasir ), Tn Haji Shariff bin Mat ( Parit Lebai Kadir) dan Mat Noor bin Mat Isa ( Parit Mat Ali ) dan En Abdul Rahman bin Ahmad ( Parit Simpang Lima )






video

Video Ikrar Pelajar

PELANCARAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

|



video

MANUSIA MERANCANG ALLAH MENENTUKAN

|

2hb Julai ( Sabtu )Kita manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Sebagai manusia kita mesti redha dan yakin ada hikmah di sebaliknya. Sejak seminggu yang lalu segala persiapan telah dilakukan oleh warga SMKAP untuk menyambut kunjungan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ,Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.Walau bagaimanapun hasrat untuk melihat wajah TPM dari dekat tidak menjadi kenyataan kerana helikopter yang akan membawa pulang Tan Sri Dato’ Muhyiddin mengalami masalah teknikal. Selepas perjumpaan dengan pesawah di Dewan Orang Ramai Parit Haji Kassim, YAB terus balik ke Ipoh menaiki kereta tanpa singgah di SMKAP. Para pelajar yang terdiri dari pasukan-pasukan unit beruniform agak kecewa tetapi terubat bila mereka kelihatan gembira mengambil gambar masing-masing di hadapan helikopter.
























 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB