SAMBUTAN MAAL HIJRAH & HARI ASYURA

|

SAMBUTAN MAAL HIJRAH & HARI ASYURA
Setiap tahun bila tiba tahun baru hijrah, umat Islam akan menyambutnya dengan cara membaca surah Yasin di setiap masjid dan surau. Sebelum itu mereka akan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Seterusnya akan diadakan ceramah agama. Penceramah-penceramah jemputan akan hadir memberikan ceramah untuk mengingatkan kita betapa peritnya perjuangan Nabi Muhammad s.a.w sehingga memaksa baginda berhijrah ke Madinah. Hijrah yang penuh dengan pegajaran bermula dari rela berkorban harta benda hingga ke tahap menggadai nyawa.


Tahun ini majlis tersebut terpaksa diadakan di luar bulan Muharram kerana kekangan masa. Majlis yang dijalankan pada hari Rabu 20 hb Januari 2010 dijayakan oleh Ustaz Zawawi b Abdullah sebagai penceramah dalaman. Nak jemput orang luar malu.

Alhamdulillah, majlis ringkas tapi penuh makna telah berjalan dengan lancar.
Sementara itu para guru dan kakitangan SMKAP telah bergotong royong memasak bubur asyura. Suasana meriah dapat juga dirasakan dengan kehadiran guru pelatih dari UPSI yang baru datang. Bubur sebanyak empat periuk besar telah dapat diagihkan kepada warga SMKAP termasuk pelajar.
Ustaz Zawawi dalam ceramahnya lebih menekankan peristiwa hijrah. Walaubagaimana pun berikut dinyatakan peristiwa yang berlaku di bulan Muharram.
- Nabi Adam diterima taubatnya oleh Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari kekejaman Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Ya’qub dipulihkkan oleh Allah.
- Nabi Ayub disembuhkan Allah dari penyakitnya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan [?] Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan ‘Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit

Itulah sejumlah peristiwa penting yang terakam di di bulan Muharram. berdasarkan kitab Bada’I Zuhur





































AL AQL AL SALIM FI AL JISMI AL SALIM

|

Al Aql Al Salim fi Al Jismi Al Salim maksudnya Akal Yang Cerdas Di Badan Yang Cergas. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berusaha mencergaskan diri kita dari masa ke semasa. Amalan menjaga pemakanan dan sering bersenam penting untuk terus sihat. Badan sihat membolehkan kita beribadah dengan sempurna.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atau PJK di sekolah- sekolah kerajaan. Pelajar diajar bagaimana untuk menjadi cergas supaya otak cerdas.Setiap tahun di adakan sukan peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan. Semuanya untuk melahirkan rakyat yang sihat.
Di SMK Alor Pongsu, latihan rumah-rumah sukan telah bermula sejak minggu kedua persekolahan. Setiap petang Rabu dan Khamis latihan bermula jam 3.30 petang dan berakhir 5.30 petang. Kepada semua pelajar SMKAP diucapkan Selamat Berlatih dan Majulah Sukan Untuk SMKAP !










IKLAN JAWATAN KOSONG

|


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan gred A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Anda tidak perlu bawa sebarang surat sokongan jawatan

Sila bawa dokumen asal iaitu :

Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Cepat sebelum tawaran ini datang kepada anda...

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB