HUBBUL WATON MINAL IMAN (3) -Penutup

|

Hari ini 15hb September 2011 ( khamis ), pihak sekolah telah mengadakan majlis penutupan bulan kemerdekaan. Majlis diadakan di bangunan Pendidikan Khas kerana tidak mahu menganggu pelajar tingkatan lima yang sedang menjalani peperiksaan percubaan SPM. Majlis dimulai dengan ucapan aluan pengerusi majlis. Seterusnya Ustaz Zawawi membacakan doa. Cikgu Arsalanshah pula mengendalikan kuiz spontan Sejarah Malaysia. Kemudian penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan. Akhirnya ucapan penutup dari Puan Hajah Latifah, Penolong Kanan Pentadbiran SMKAP.























HUBBUL WATON MINAL IMAN ( 02 )

|

Pada hari Selasa, 6hb September 2011 pihak sekolah telah mengadakan Perarakan Kemerdekaan. Selain pasukan unit beruniform setiap kelas diminta mengambil bahagian dalam perbarisan. Kesemua pasukan yang mengambil bahagian akan melintasi Dataran Pongsu sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Pertandingan perbarisan juga diadakan. Penilaian berdasarkan kerjasama, keseragaman dan daya kreatif.
















 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB