Pada hari ini Rabu, 29hb Mac 2011 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 25. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Sekolah telah dirasmikan oleh En Mohamad Adhar bin Zakaria, Pegawai khas Pembangunan dan Bekalan, PPD Kerian. Dalam ucapan perasmian antara isi utama ucapan beliau ialah kerjasama sepenuhnya hendaklah diberikan kepada pihak guru dan sekolah. Sekira ada aduan dari pelajar jangan terus serang sekolah. Pihak ibu bapa hendaklah menyiasat terlebih dahulu.
YDP PIBG, En Ismail bin Bakar dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada guru-guru SMKAP kerana pencapaian cemerlang sekolah dalam PMR dan SPM 2010. Seterusnya Tuan Pengetua SMKAP, Pn Hajah Nor Hidayah telah melaporkan beberapa kejayaan sekolah dalam bidang Kokurikulum antaranya Johan Hoki Daerah Kerian dan kejayaan Azhan Hashimi Ayob yang mewakili negeri Perak dalam acara merentas desa di negeri Sarawak.
MESYUARAT AGUNG PIBG 2011
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSUTAHNIAH TEMPAT KETIGA PERINGKAT NEGERI
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSUHari ini Isnin 21 hb Mac 2011, sewaktu perhimpunan pagi pihak sekolah menerima tetamu dari JPN, Ipoh. Tetamu itu ialah Tuan Haji Zainul Kamal bin Abd Raof, Penyelia Kokurikulum JPN. Beliau datang untuk menyampaikan cek bernilai RM500.00, sebuah piala dan sijil-sijil penyertaan kepada pihak sekolah. Tahniah kepada cikgu Yani , cikgu Ruzihaliza,cikgu Abd Haris dan empat orang pelajar yang berjaya mendapat tempat KETIGA dalam “ Cabaran Interaktif Pengguna Peringkat Negeri Perak”.Bentuk pertandingan ialah mengitar semula barang terbuang atau terpakai menjadi satu bahan lain yang lebih bermanfaat. Pertandingan ini anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Syabas dan Tahniah !
MAJLIS AKURJANJI PMR/SPM 2011
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSUHari ini Jumaat 4hb Mac 2011, Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Majlis Akurjanji PMR dan SPM 2011. Program diadakan di Surau Annur SMKAP. Semua ibubapa pelajar tingkatan 3 & 5 telah dijemput untuk hadir. Satu sesi ceramah Motivasi Ibupaba telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Khori b Hj Junus, Pegawai Khidmat Nasihat & Kaunseling, Pejabat Agama Parit Buntar. Ramai ibubapa yang hadir, sehingga surau tidak muat menyebabkan ada ibubapa yang mendengar ceramah dari luar.Majlis yang bermula jam 8.30 pagi berakhir kira-kita jam 10.55 pagi.
SMKAP JOHAN KEJOHANAN HOKI SEK MEN DAERAH KERIAN 2011
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSUTahniah sekali lagi kepada Cikgu Arsalanshah kerana berjaya menjadikan SMKAP Johan Hoki Kategori Lelaki Peringkat Daerah Kerian. SMKAP telah menewaskan musuh tradisinya SMKSLNR 2-1.Usaha gigih beliau melatih mereka semenjak di tingkatan dua lagi. Semua warga SMKAP gembira dengan kejayaan ini.Bila ditanya " Sekolah lain prestasi merosot ka ?" Secara berseloroh dia menjawab "Tak... sekolah lain ok ja, cuma tahun ni SMKAP terlalu kuat !"
KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KERIAN,PERAK
TAHUN 2011M / 1432 H
TEMPAT | KATEGORI LELAKI | KATEGORI PEREMPUAN |
JOHAN | SMK ALOR PONGSU,B.SERAI | SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG |
NAIB JOHAN | SMK RAJA LOPE NOR RASHID | SMK ABU BAKAR AL BAQIR |
KETIGA & KEEMPAT | SMK P.BARU & SMK B.SERAI | SMK RAJA LOPE &SMK G.SEMANGGOL |