TENAGA PENGAJAR KEMBALI KE SEKOLAH

|

Pada hari ini Khamis 19 November 2009 semua tenaga pengajar SMKAP telah diarah kembali ke sekolah setelah berkampung di SM Teknik selama 3 hari. Walaubagaimana pun semua calon SPM tetap menetap di asrama sehingga peperiksaan selesai. Mereka dibenarkan pulang di hujung minggu bersama waris yang mengambil sendiri anak-amak mereka.
Surau bersih seperti sedia kala.

Se awal 7.40 pagi semua guru mendengar taklimat dari Tuan Pengetua Tn Hj Zulkipli Abd Rahman. Seterusnya setelah taklimat, semua guru menukar pakaian biasa yang bersesuaian untuk kerja membersih bilik-bilik dan kawasan-kawasan masing-masing. Mereka dibantu oleh pekerja am dan pelajar sendiri.

Surau Annur pada hari ini sudah dibersihkan sepenuhnya oleh beberapa orang pekerja sejak kelmarin. Ini memandangkan hanya lantai yang perlu dicuci sedangkan segala alatan seperti karpet, sejadah,kitab al Quran, peralatan solat sempat diselamatkan. Pada hari kerja pembersihan melibatkan lokasi lain seperti di Makmal Komputer,Makmal Sains, Bilik ERT, Dewan Sekolah dan Bilik Pendidikan Khas. Bilik Pendidikan Khas adalah antara bilik yang mula-mula dinaiki air dan tidak dapat diselamatkan. Kepada warga SMKAP bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Karpet , sejadah, kitab-kitab sempat diselamatkan.

Kantin Sekolah setelah dibersihkan.

Guru guru IT sedang mengangkat kerusi yang kotor.


Membersihkan stor surau yang masih kotor.

Makmal Komputer setelah dibersihkan.

Barang bilik ERT dan Makmal Sains.

Depan bilik Kaunseling.

Bilik Pengawas Sekolah.

Makmal Sains.

Cikgu Rosli membaiki peralatan yang boleh digunakan.

Dewan Sekolah.

Air di padang masih dalam.

Bilik Tingkatan 2A1 sedang dibersihkan.

Nasib baik katil ni besi, kalau kayu pasti dah hanyut.

Bilik Pendidikan Khas yang awal dinaiki air.

Dah siap ? Pi makan bayaq asing-asing !

2 comments:

FadzilSalleh said...

Salam, terima kepada ustaz zul dan semua kakitangan, pekerja yang terlibat dalam membersihkan surau. Kami balik surau dah bersih ! Semoga Allah menulisnya sebagai amal soleh.

FadzilSalleh said...

pembetulan mesej , terima kasih kepada ustaz zul dan semua....

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB