TAKZIAH UNTUK CIKGU AZHAR DAN KELUARGA

|

TAKZIAH UNTUK CIKGU AZHAR DAN KELUARGA

Marilah kita sama-samalah sedekahkan pahala bacaan al Fatihah untuk arwah ayahanda cikgu Azhar bin Shaharuddin yang telah pergi mengadap Ilahi pada pukul 6 pagi Khamis 26hb November 2009 akibat sakit tua. Arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, setelah koma lebih kurang seminggu. Menurut cikgu Azhar hati arwah bapanya yang berumur 74 tahun itu telah pecah.
Jenazah Allahyarham yang telah siap dimandikan , dikafankan serta disolatkan telah dibawa pulang ke Taiping,Perak menggunakan van jenazah yang disewa. Mereka bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang 12.00 tengahari dan tiba di Masjid Simpang Empat Taiping pukul 2.30 petang. Sekali lagi jenazah disolatkan oleh jemaah masjid dan saudara mara yang sedia menunggu. Bacaan Tahlil dan Talkin selesai lebih kurang 3.30 petang.
Antara warga SMKAP yang hadir ialah cikgu Arsalanshah, cikgu Zainun,Tn Haji Hasanuddin dan beberapa orang lagi termasuk Kak Ramlah dan suami ( Abang Wahab ).
Ucapan takziah kepada cikgu Azhar dan keluarga .Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan keampunan kepada roh ayah cikgu.



Masjid Jamek Simpang Empat Taiping. Gambar Kecil : Cikgu Azhar.

Antara warga SMKAP yang hadir.

Sebahagian ahli keluarga cikgu Azhar.

Cikgu Arsalan membantu meratakan tanah.

Menyediakan tempat membaca talkin.

Mendengar bacaan Talkin.


Lepaih ni jom pekena mi udang !



Berkumpul sebelum pulang.

Terlanjur sampai Simpang Empat, pekena mi udang la !


Aik , lajak Produa pulak, tengok ALZA !

Tempah la satu cikgu Zainun !

La..sangkut pulak kat warung lemang.Pilih yang betul-betul masak !

Ustaz yang ni AIZA bukan ALZA !

1 Comentário:

Unknown said...

Boleh tak saya dapatkan no tel xikgu Arsalanshah, rakan saya semasa mengajar si SMKA SLIM RIVER

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB