LALUAN KE SMKAP DITUTUP

|






Berhubung dengan banjir yang melanda Alor Pongsu, dimaklumkan air telah naik sampai ke jambatan yang merentangi lebuh raya Utara Selatan. Semua warga SMKAP pastinya tidak dapat ke sekolah untuk sehari dua ini. Petang tadi semasa jamuan akhir tahun yang diadakan di SSL Traders Hotel,Kemunting, Tuan Pengetua Tn Haji Zulkipli Abd Rahman telah memaklumkan calon SPM tahun ini akan dipindahkan ke SM Teknik Kerian, Bagan Serai. Semua tindakan berkaitan dengannya akan diputuskan dalam taklimat guru esok, Isnin 16hb November 2009 di SMK Teknik.


0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB