JAMUAN TAUTAN KASIH SM TEKNIK /SMKAP

|

Dari kiri, Tn Hj Abd Wahid (Penolong PPD Pengurusan Akadmik Vokasional & Teknik ),En Ahmad Faisal ( Penolong PPD Hal Ehwal Murid ) , Pengetua SM Teknik dan Pengetua SMK Alor Pongsu.


Pada hari ini Selasa 1hb Disember 2009 satu majlis yang besar maknanya bagi warga Sek. Men.Keb. Alor Pongsu dan Sek. Men. Teknik Kerian . Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara dua sekolah. Bagi pihak kami ( SMKAP ) selain tujuan tadi , ianya sebagai tanda terima kasih terhadap layanan yang diberikan oleh pihak SM Teknik terhadap calon SPM yang menumpang akibat banjir. Setiap sesuatu kejadian ada hikmahnya. Kita sebagai hamba Allah SWT wajib menyedari dengan redha.


Majlis ini diadakan di Dewan Makan Asrama SM Teknik.Majlis bermula jam 8.00 malam iaitu ketibaan para jemputan / tetamu. Setelah bacaan doa oleh wakil pelajar SM Teknik para hadirin dihidangkan jamuan berupa nasi minyak dan sate.
Seterusnya kedua-dua Tuan Pengetua memberikan ucapan kepada hadirin. Tuan Hj Zulkipli Abd Rahman , pengetua SMKAP diminta memulakannya.Antara lain ucapan beliau ialah berharap pelajar SMKAP jangan mensia-siakan peluang berkampung di asrama semasa peperiksaan ini . Tumpukan sepenuhnya perhatian terhadap peperiksaan. Pengetua juga berharap pelajar membalas usaha pihak kementerian , pengorbanan ibu bapa dan pengorbanan cikgu dengan kejayaan cemerlang. Sebanyak lebih kurang RM 45,000.00 telah diperuntukkan untuk membiayai penginapan pelajar di asrama. Pengetua juga berharap kepada pelajar SMKAP agar menjaga nama baik sekolah. Kita tinggalkan kepada warga SM Teknik dengan perkara-perkara yang baik sahaja dan pastinya akan menjadi kenangan manis.
Sementara itu Pengetua SM Teknik, En Hamid bin Jumari, dalam ucapannya secara berseloroh mengatakan satu sejarah telah tercatat iaitu satu sekolah dua orang pengetua. Satu lagi sejarah katanya, sekolah yang mempunyai ramai warden. Beliau merujuk kepada warden-warden dari SMKAP ( 2 guru lelaki dan 2 guru perempuan )yang secara bergilir-gilir tidur di asrama SM Teknik.
Beliau juga mengharapkan perkenalan singkat calon-calon SPM kedua-dua sekolah ini akan berterusan dan akan menjadi kenangan abadi. Majlis bersurai pada jam 9.40 malam.

Dari kiri, Pn Hjh Latifah (PK Pentadbiran SMKAP),Pn Norizah (PK HEM SM Teknik) dan Pn Nor Azni Zaini.
Cikgu Jamaludin, En Abd Wahid (Pegawai Khas Kokurikulum ) dan Tn Hj Hasanuddin.

WARGA SM TEKNIK..Cikgu Rafie dan kawan-kawan.
Sebahagian guru lelaki yang hadir.
Sebahagian guru perempuan yang hadir.
Orang besaq SMK Alor Pongsu.
Kita di sini menumpang. Maka, tinggalkan perkara yang baik sahaja di sini.
Saya harap perkenalan antara kamu akan berterusan...
TERIMA KASIH...Pelajar perempuan SM Teknik.
Sebahagian pelajar lelaki SMKAP.
Buat la macamana pun kat lidi sate tu, asal hangpa bahagia !
Sebahagian pelajar perempuan SMKAP.
La... buang tabiat ka buat lidi sate lagu tu ?
Peace.......kacang pis !

Alhamdulillah.. kenyang bangat nih !

1 Comentário:

FadzilSalleh said...

Yang sebenarnya Jamuan Tautan Kasih bukan Jamuan Tentuan kasih seprti dlm gambar tu !

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB