RAKAN MUDA MASYARAKAT ( PROGRAM IMAM MUDA )

|

RAKAN MUDA MASJID

Pada Sabtu,10 hb Oktober yang lalu satu program Rakan Muda Masyarakat ,Program Imam Muda telah dijalankan di Surau Annur SMK Alor Pongsu. Seramai 37 orang peserta telah mengambil bahagian. Antara tujuan program ialah menyedarkan para pelajar bahawa kita semua adalah imam atau pemimpin. Sekurang-kurangnya kita ini pemimpin kepada diri sendiri

Kain rentang program dipasang oleh PK KOKU sendiri.

Sebagai imam kita hendaklah menjadi idola kepada pelajar-pelajar dari segi penampilan diri, sahsiah dan ada karisma. Sikap bijak bergaul dalam semua suasana dan keadaan penting agar kita tidak diketawakan . Sebenarnya peribadi yang baik adalah salah satu method dakwah iaitu Dakwal Bil Hal. Orang arab kafir Quraisy ramai yang memeluk islam bila melihat peribadi nabi.
Peranan masjid banyak, antaranya sebagai pusat ibadah, pusat ilmu, pusat kemasyarakatan, pusat kesenian, pusat ekonomi dan pusat politik. Para peserta telah diberitahu peranan masjid sekarang ini tidak seperti dahulu. Masjid semakin dijauhi walaupun besar dan cantik. Oleh itu, perlu ada generasi pelapis yang bakal mengembalikan keagungan peranan masjid.
Program Imam Muda ini diakhiri dengan lawatan ke tanah perkuburan Masjid Al Ridzuan, Alor Pongsu. Masjid ini pernah menjadi johan keceriaan dan pengurusan kubur di negeri Perak. Selepas makan pada jam 1.00 petang peserta bersurai.




Imam perempuan.


Peserta khusyuk mendengar ceramah


0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB