ADA KERANDA DI PAMERAN JUBLI PERAK

|

Pada 3 hb Mei 2010 ( Isnin ), Sambutan Jubli Perak SMK Alor Pongsu telah diadakan dengan penuh meriah. Sebanyak dua ekor lembu telah disembelih. Salah seekornya lembu Aqiqah dari guru-guru SMKAP. Sambutan bermula seawal jam 8.00 pagi. Perasmian pembukaan disempurnakan oleh YB Sham Sahat, ADUN Alor Pongsu.
Kehadiran para ibu bapa amat menggalakkan. Selepas majlis perasmian mereka mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Ustaz Shahrin Md Jamaluddin, Setiausaha Politik Menteri Pelajaran Malaysia. Rata-rata para hadirin mengenali Ustaz Shahrin kerana sebelum ini beliau sering mempengerusikan Forum Perdana Ehwal Islam.Setelah mendengar ceramah hebat selama satu jam setengah mereka menjamu selera.
Semua Panitia diminta mengambil bahagian dalam pameran. Panitia Agama Islam tidak ketinggalan. Kata Ustaz Zawawi, tema yang dipilih oleh Panitia Agama Islam ialah “ Kematian”. Patutlah ada keranda Ustaz !


Pameran Panitia Agama Islam. Jangan takut.. keranda ja tu

Bertemu semula setelah 12 tahun



0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB