PERTANDINGAN MEMANCING MERIAH

|

Pada tanggal 14hb April 2010 ( Rabu ) telah diadakan Pertandingan Memancing Tertutup Sempena Jubli Perak SMKAP. Seramai lebih kurang 200 orang warga SMKAP telah mengambil bahagian. Yuran penyertaan cuma RM2.00 sahaja ( joran dan mata kail disediakan ).
Pertandingan Memancing Jubli Perak ini adalah cetusan idea Pengetua SMKAP, Tuan Haji Zulkipli Abd Rahman. Program ini adalah kali pertama diadakan. Sebanyak 30 kilogram ikan keli dan 3 kilogram ikan puyu telah dilepaskan ke dalam parit yang telah diperbesarkan.
Penyelaras program Cikgu Hamsani Sulaiman dengan bantuan jawatankuasa kerja yang dedikasi diketuai En Nordin Zaini memaklumkan persiapan memakan masa seminggu. Pencarian 200 batang buluh diperolehi dari kampung-kampung sekitar sekolah. Sebanyak 25 hamper bernilai lebih kurang RM470 adalah sumbangan syarikat perniagaan dan juga individu yang dermawan. Hadiah untuk Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga telah disampaikan oleh En Ismail YDP PIBG .

Hadiah- Hadiah - Johan RM100 + hamper
- Naib johan RM 75 + hamper
- Ketiga RM 50 + hamper
- 10 hadiah saguhati.
- Hadiah Terpantas 1 hamper
- Hadiah Terbanyak 1 hamper
- 10 hadiah cabutan bertuah.

0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB