FADHILAT SURAH YASIN

|

Pada hari Isnin 27 hb Julai 2009 telah diadakan majlis bacaan Surah Yasin secara beramai-ramai di tapak perhimpunan, Dataran Seri Pongsu. Alhamdulillah cuaca pada hari itu baik sekali. Antara tujuan bacaan tersebut ialah agar selamat dunia akhirat, mendapat kejayaan cemerlang, bebas dari gangguan syaitan dan bebas dari H1N1.

Majlis ini turut dihadiri Tuan Haji Ismail YDP PIBG



Khalifah bacaan Surah Yasin : Ustaz Zawawi bin Abdullah



Rasulullah s.a.w di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasinsemata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan jugga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendakisupaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannay meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."
Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun setengah2 ulamak hadith telah mempersoalkan setengah daripada riwayatnya.)
Samuga kita dapat amal dan sampaikan......Insya'Allah.
Wassalam
Sumber : "Md Yasin Japar@wt.tt"



Cikgu Zul, Cikgu Salman, Ustaz Faiz dan Cikgu Azhar.

Tikar merah pinjam dari Masjid Al Ridzuan, Alor Pongsu.

Mendengar taklimat dari khalifah.

Orang pandang kiri, ustaz pasai apa pandang kanan ?

Sebahagian guru perempuan.

Sedang khusyuk membaca.

Pandangan dari belakang.

Amin..Amin... Amin... Ya Rabbal Alamin...

0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB