AHLAN WA SAHLAN SESI PERSEKOLAHAN 2013

|

Ahlan wa Sahlan kepada semua warga smkap ke sekolah pada tahun 2013 ini..kuatkan azam dan tekad dalam menuntut ilmu..yang penting niat dan adab-adabnya biar betul..InsyaAllah KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT DALAM GENGGAMAN.


ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


1.       IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara
2.       TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -  Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan
3.       MENJAUHI MAKSIAT. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. 
4.       MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain setiap hari.
5.       BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas 
6.       MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
7.       DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka
8.       MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. 

KURSUS IMAM MUDA SIRI 2 TAHUN 2012

|

KURSUS IMAM MUDA SIRI 2 TAHUN 2012

Pada 3 Ogos 2012 bersamaan 14 Ramadan 1433 H Panitia Pend. Islam telah mengadakan Kursus Imam Muda siri 2 yang melibatkan seramai 38 orang pelajar yang mewakili semua tingkatan. Program dimulakan dengan taklimat kursus dari Ustaz Mohd Zawawi diikuti dengan majlis tahlil dan berbuka Puasa, program kerjasama bersama Kelab Guru dan Kakitangan.Sebelah malamnya diadakan Solat terawih, Tadarus serta Qiamullail. Program diakhiri dengan sesi muhasabah. Farizal, salah seorang peserta dari Ting 5 meyarankan agar program sebegini dapat diteruskan dan mengajak peserta dari ting 1,2,3 dan 4 dapat terus mengimarahkan surau sekolah dengan solat berjamaah selepas waktu persekolahan setiap hari. 
 
Gandingan pelajar junior dan senior

 Sedang khusyuk menghafaz selawat tarawih sebagai bilal
فضلا من الله ونعمه
سبحان الملك المعبود

  Tadarus al-Quran

 Baca betul-betul..betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.

Azali sedang menyemak bacaan al-Quran

Jumpa ke cari juzuk 5 tu!

 gandingan mantop

 Cikgu..Nun mati bertemu huruf ta..kena dengung tu..ikhfa'





 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB