AHLAN WA SAHLAN SESI PERSEKOLAHAN 2013

|

Ahlan wa Sahlan kepada semua warga smkap ke sekolah pada tahun 2013 ini..kuatkan azam dan tekad dalam menuntut ilmu..yang penting niat dan adab-adabnya biar betul..InsyaAllah KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT DALAM GENGGAMAN.


ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


1.       IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara
2.       TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -  Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan
3.       MENJAUHI MAKSIAT. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. 
4.       MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain setiap hari.
5.       BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas 
6.       MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
7.       DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka
8.       MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. 

0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB