|

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KUIZ MAULIDUR RASUL 2013 EDISI PELAJAR DAN GURU

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA...YANG TIDAK BERJAYA CUBA LAGI TAHUN DEPAN..
























|

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 
PERINGKAT SEKOLAH SMK ALOR PONGSU 1434H/2013M


Alhamdulillah...Panitia Pend. Islam telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada hari Rabu 18 Rabiul Awal 1434H bersamaan 30 Januari 2013M. Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Zulkifli Mansor diikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zubir Elham dan Ustaz Akashah. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Zawawi bin Abdullah.
Antara isi penting ceramah ialah :
  1. Kenali Rasulullah saw melalui pembacaan Sirah Rasul.
  2. Teladani akhlak Baginda. 
  3. Perbanyakkan selawat ke atas baginda.
                     



|

PERANAN IBUBAPA KHUSUSNYA TERHADAP ANAK YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM TAHUN 2013

1. Tingkatkan keyakinan diri anak
2. Jaga solatnya
3. Jaga pemakanannya
4. Banyakkan berdoa dan solat Hajat

Gambar sekitar Majlis Konsultasi dan Ceramah Keibubapaan SMK Alor Pongsu 2013 pada 19 Januari 2013 (Sabtu)

Ucapan Pengetua
Penceramah jemputan Ustaz Mohamad Yaakob
Guru Cemerlang Pend. Islam 
Smk Sri Perak
Antara tetamu yang hadir
 Ibubapa bersama pelajar
Sebahagian guru yang hadir



                                                         




AHLAN WA SAHLAN SESI PERSEKOLAHAN 2013

|

Ahlan wa Sahlan kepada semua warga smkap ke sekolah pada tahun 2013 ini..kuatkan azam dan tekad dalam menuntut ilmu..yang penting niat dan adab-adabnya biar betul..InsyaAllah KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT DALAM GENGGAMAN.


ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


1.       IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara
2.       TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -  Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan
3.       MENJAUHI MAKSIAT. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. 
4.       MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain setiap hari.
5.       BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas 
6.       MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
7.       DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka
8.       MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. 

KURSUS IMAM MUDA SIRI 2 TAHUN 2012

|

KURSUS IMAM MUDA SIRI 2 TAHUN 2012

Pada 3 Ogos 2012 bersamaan 14 Ramadan 1433 H Panitia Pend. Islam telah mengadakan Kursus Imam Muda siri 2 yang melibatkan seramai 38 orang pelajar yang mewakili semua tingkatan. Program dimulakan dengan taklimat kursus dari Ustaz Mohd Zawawi diikuti dengan majlis tahlil dan berbuka Puasa, program kerjasama bersama Kelab Guru dan Kakitangan.Sebelah malamnya diadakan Solat terawih, Tadarus serta Qiamullail. Program diakhiri dengan sesi muhasabah. Farizal, salah seorang peserta dari Ting 5 meyarankan agar program sebegini dapat diteruskan dan mengajak peserta dari ting 1,2,3 dan 4 dapat terus mengimarahkan surau sekolah dengan solat berjamaah selepas waktu persekolahan setiap hari. 
 
Gandingan pelajar junior dan senior

 Sedang khusyuk menghafaz selawat tarawih sebagai bilal
فضلا من الله ونعمه
سبحان الملك المعبود

  Tadarus al-Quran

 Baca betul-betul..betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.

Azali sedang menyemak bacaan al-Quran

Jumpa ke cari juzuk 5 tu!

 gandingan mantop

 Cikgu..Nun mati bertemu huruf ta..kena dengung tu..ikhfa'





 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB