MAJLIS KHATAM ALQURAN 2011M/1432 H

|

Pada hari ini Jumaat 26hb Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadan 1432 telah berlangsung Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah. Majlis ini diketuai oleh Ustaz Zawawi Abdullah dan dibantu oleh Ustaz Nizam Saidin. Tuan Pengetua SMKAP, Pn Hajah Nor Hidayah Hashim dalam ucapannya di awal majlis menyarankan agar pelajar membaca,memahami dan menghayati isi kandungan al Quran. Seterusnya berlangsung Kuiz Raamadan yang dikendalikan oleh Ustaz Muhd Fadzil dan Ustaz Zawawi. Majlis berakhir dengan penyampain hadiah kepada para pemenang yang mengambil bahagian dalam berbagai-bagai acara sepanjang Ramadan. Akhir sekali sebelum pulang pelajar beratur panjang untuk bersalam-salaman dengan guru yang disayangi.






















0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB