TAHNIAH TEMPAT KETIGA PERINGKAT NEGERI

|

Hari ini Isnin 21 hb Mac 2011, sewaktu perhimpunan pagi pihak sekolah menerima tetamu dari JPN, Ipoh. Tetamu itu ialah Tuan Haji Zainul Kamal bin Abd Raof, Penyelia Kokurikulum JPN. Beliau datang untuk menyampaikan cek bernilai RM500.00, sebuah piala dan sijil-sijil penyertaan kepada pihak sekolah. Tahniah kepada cikgu Yani , cikgu Ruzihaliza,cikgu Abd Haris dan empat orang pelajar yang berjaya mendapat tempat KETIGA dalam “ Cabaran Interaktif Pengguna Peringkat Negeri Perak”.Bentuk pertandingan ialah mengitar semula barang terbuang atau terpakai menjadi satu bahan lain yang lebih bermanfaat. Pertandingan ini anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Syabas dan Tahniah !

Belakang dari kiri ; Safir, Zaifollah, Norizwin dan Sarimah.
Hadapan dari kiri ; Pn. Yani, Pn Hajah Latifah, Pn Hajah Nor Hidayah, Tn Haji Zainul Kamar, Tn Haji Hasanuddin dan Cikgu Abd Haris.





0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB