Hari ini, Jumaat 18 hb Febuari 2011, sekolah telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul secara sederhana.Majlis yang bermula jam 10.00 pagi berjalan dengan lancar..
Majlis perarakan bermula di Surau Annur SMKAP  dan semua pelajar Islam dan guru berkumpul  di surau mengikut rumah sukan. Seterusnya berarak ke Dewan SMKAP sambil berselawat.
Pihak sekolah juga telah mengundang Guru Cemerlang Pend  Islam, Tn. Hj Ahmad Yaacob  dari SMK Seri Perak, Parit Buntar untuk menyampaikan ceramah.Banyak input yang diperolehi daripada beliau.
Majlis juga diserikan dengan persembahan  nasyid  oleh kumpulan nasyid sekolah ini.Majlis bersurai jam 12.05 tengah hari.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSUPosts Relacionados:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
 



 










 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment