27 Disember 2010 (isnin) merupakan tarikh akhir rasmi  Cikgu Md Zainun b Harun bertugas di SMKAP. Beliau yang merupakan Penolong Kanan Ko Kurikulum  di SMKAP  telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Petang di  SMK Alang Iskandar, Bagan Serai. Selama hampir 17 tahun beliau bertugas di SMKAP  dan terlalu banyak jasa yang telah beliau curahkan untuk sekolah ini. Pertukaran beliau merupakan satu kehilangan besar buat warga SMKAP , namun apakan daya seluruh warga SMKAP  terpaksa merelakan pertukaran beliau. Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti Semoga beliau gembira bertugas di sekolah baru.Ada masa jenguk-jenguklah kami di sini.
TAHNIAH CIKGU ZAINUN..... Jasamu tetap dikenang.
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSUPosts Relacionados:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
 



 










 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment