IFTAR JAMAIE 02 , MAJLIS MEMBACA YASIN DAN SOLAT SUNAT HAJAT.

|

Iftar Jamaie 02 dan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Solat Hajat telah diadakan di Surau Annur, SMK Alor Pongsu pada 30 hb Ogos 2010. Majlis bermula seawal jam 6.00 petang, dengan kehadiran para ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5. Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Zawawi Abdullah. Pihak sekolah telah menjemput Tuan Haji Arshad Hassan, Imam Masjid Jamek Ar Ridzuan, Alor Pongsu untuk menjadi khalifah bacaan Surah Yasin. Solat Sunat Hajat juga diimamkan oleh Tuan Haji Arshad dan didirikan selepas solat fardu Maghrib.Majlis berakhir jam 9.50 malam, selepas solat sunat Tarawih 8 rakaat yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Fadzil.

YDP PIBG, En Ismail Bakar sedang menyampaikan ucapan.





















0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB