MERENTAS DESA 2010

|

MERENTAS DESA 2010
Tepat jam 8.30 pagi, 20 Februari 2010 (Sabtu), warga pelajar SMKAP berkumpul di Dataran Pongsu untuk menyertai acara Merentas Desa 2010. Taklimat disampaikan oleh En. Md Zainun b Harun selaku GPK Kokurikulum. Larian Merentas Desa sejauh 3.5 kilometer merentasi Kampung Baru, Jalan Penghulu dan Jalan Bagan Serai Selama seterusnya kembali ke sekolah. Sebanyak 6 check-point yang perlu dilalui oleh semua peserta.

Cikgu baru testing, hangpa dah lari. Mai patah balik !


Selain itu, pelajar yang menghidap asma serta pernah patah tangan atau kaki tidak dibenarkan sama sekali mengikuti larian ini. Pihak Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis, semua guru yang terlibat dan peserta-peserta yang turut memberi kerjasama kepada lalu lintas dan kebersihan trek larian.
'MAJULAH KOKURIKULUM UNTUK SMKAP'





Cikgu Zainun dan Tn Hj Hasanudin sebelum melepaskan para peserta.

Di tempat permulaan.
Check point 5


Suasana di garisan penamat.
Biasa la, selepas bertugas kena roti canai dulu ...

Jamuan Tengahari

0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB