KAUNTER ZAKAT FITRAH

|



Setiap tahun SMKAP akan menjemput amil zakat fitrah ke sekolah untuk memudahkan para pelajar dan guru membayar zakat. Selain itu untuk mendedahkan kepada para pelajar konsep zakat fitrah dan tangungjawab membayarnya


PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.





0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB