TAHNIAH

|



Kurniaan anak oleh Allah SWT kepada pasangan suami isteri bukanlah hanya untuk bergembira semata-mata tetapi perlu diterimanya dengan penuh tangunggjawab. Kita sebagai Ibubapa akan dipersoalkan tentang tanggungjawab kita terhadap amanah yang diberikan tersebut seperti maksud hadis yang berbunyi :
“Sesungguhnya Allah akan mempersoalkan kepada setiap penanggugjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya atau mensia-siakannya” Riwayat Ibnu Hiban.

Maka berdasarkan Hadis tersebut kita sebagai Ibubapa kepada anak-anak yang merupakan amanah Allah SWT perlu memikul beban untuk memberi dan memastikan anak-anak kita dididik mengikut acuan pendidikan Islam yang mencakupi aspek lahiriah dan rohaniah dan seterusnya mampu melahirkan generasi Al-Quran yang dapat mengabdikan dirinya kepada Allah swt dan memakmurkan kehidupan manusia di dunia ini. Kita telah melihat akibat pendidikan anak-anak yang tidak seimbang antara duniawi dan ukhrawi yang menyebabkan keruntuhan moral berleluasa pada hari ini. Ini kerana kita hanya bergantung harap semata-mata kepada sekolah dan guru-guru yang mengajar dan ibubapa mengabaikan didikan anak-anak mereka. Lantaran sikap itulah kedewasaan anak-anak mengalami kepincangan akhlak yang amat serius, meskipun mereka dapat menikmati erti kehidupan dan kesenangan yang diberikan. Malah adalah lebih malang lagi apabila anak-anak semakin jauh penghayatan mereka terhadap Islam yang sepatutnya menjadi cara hidup mereka. Kegagalan ibubapa dalam mendidik anak-anak mengikut acuan Islam antara lain adalah kerana kurangnya pendedahan Ibubapa kepada ilmu yang dipanggil “parenting” dan “child development“. Kedua-dua ilmu ini tidak pernah didedahkan secara sistematik kepada Ibubapa. Oleh itu sama-samalah kita berusaha mencari ilmu tersebut…

0 comments:

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB