BYE BYE KAK LAH ...

|

Puan Romlah bt Halid atau lebih kita kenali sebagai Kak Lah dilahirkan di Bagan Serai pada 27/07/1954.Mendapat pendidikan awal di SK Alor Pongsu pada tahun 1961 hingga tamat darjah 6 tahun 1966
Seterusnya Kak Lah melanjutkan pelajarannya di SMK Matang Buluh hingga tamat tingkatan 3.
Mula menjawat jawatan dalam kerajaan pada 02/03/1981 sebagai Pekerja Am di SK Dato’ Mas’ud Bagan Serai, Perak.Seterusnya bertukar ke SMK Alor Pongsu mulai 16/05/1985 hingga kini. Pada hari ini 26/07/2010 umur Kak lah genap 56 tahun. Bye bye Kak Lah. Jasa dan budi Kak Lah tetap kami kenang










































PROGRAM IMAM MUDA SIRI 01

|

Pada tanggal 04 hb Jun 2010 ( Jumaat malam Sabtu ) panitia agama Islam telah menganjurkan Program Imam Muda Siri 01. Seramai 26 peserta telah mengambil bahagian. Program diadakan di Surau Annur SMK Alor Pongsu. Pendaftaran bermula jam 5.30 petang. Peserta dibekalkan fail, Al Ma’thurat, alat tulis dan beberapa nota panduan. Kuliah Maghrib yang bertajuk “Peranan Imam Dalam Kehidupan” telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Mansur. Selepas solat fardu Isyak satu kertas kerja “Tahsin Surah Al Fatihah” telah disampaikan oleh Ustaz Zawawi b Abdullah. Minum malam para peserta disediakan sepenuhnya oleh Ustazah Che Noraini.
Para peserta dikehendaki tidur awal untuk Qiamullail pada esok pagi. Ustaz Zawawi telah meminta agar sama-sama mengerjakan solat Sunat Taubat sebelum tidur. Peserta juga diminta memastikan agar mereka tidur dalam keadaan berwuduk. Kursus siri 01 ini bersurai selepas sesi muhasabah yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Fadzil iaitu kira-kira jam 8.00 pagi Sabtu. Semua peserta seronok dan meminta agar program ini diteruskan





























 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB