DOA KHAS
HARI KEJOHANAN
BALAPAN DAN PADANG KE -27
SMK ALOR PONGSU
TAHUN 2012
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب
العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .
YA ALLAH, YA RAHMAN
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah
kerana telah mengizinkan kami untuk hadir dan berada dalam Kejohanan balapan
dan padang ke-27 pada hari ini.
YA ALLAH, YA RAHIM
Sejahterakanlah tubuh badan kami, Sejahterakanlah pendengaran dan
penglihatan kami, agar kami dapat menjalankan aktiviti pada hari ini, dengan
lancar dan sempurna, serta terpelihara, dari sebarang kecederaan dan bahaya.
YA ALLAH, YA FATTAH,
YA ALIM
Berkatilah usaha-usaha kami ini, mudah-mudahan ia akan dapat memupuk
sifat kerjasama, semangat juang dan kesukanan yang tinggi, seterusnya sekolah
ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, disegani, dihormati, sekolah yang akan
melahirkan, pelajar-pelajar yang gemilang, dalam aspek
akademik, dan kokurikulum, serta berjaya, di dunia
dan di akhirat.
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ
سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا
وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وِفي
الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله
وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
0 comments:
Post a Comment