MESYUARAT AGUNG PIBG 2011

|

Pada hari ini Rabu, 29hb Mac 2011 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 25. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Sekolah telah dirasmikan oleh En Mohamad Adhar bin Zakaria, Pegawai khas Pembangunan dan Bekalan, PPD Kerian. Dalam ucapan perasmian antara isi utama ucapan beliau ialah kerjasama sepenuhnya hendaklah diberikan kepada pihak guru dan sekolah. Sekira ada aduan dari pelajar jangan terus serang sekolah. Pihak ibu bapa hendaklah menyiasat terlebih dahulu.
YDP PIBG, En Ismail bin Bakar dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada guru-guru SMKAP kerana pencapaian cemerlang sekolah dalam PMR dan SPM 2010. Seterusnya Tuan Pengetua SMKAP, Pn Hajah Nor Hidayah telah melaporkan beberapa kejayaan sekolah dalam bidang Kokurikulum antaranya Johan Hoki Daerah Kerian dan kejayaan Azhan Hashimi Ayob yang mewakili negeri Perak dalam acara merentas desa di negeri Sarawak.

Ucapan dari YDP PIBG, En Ismail bin Bakar

Pegawai Khas dari PPD, En Mohamad Adhar Zakaria bersama Pengetua.

Pn Yani dan Pn Noor Haniza.

Guru-guru wanita.

Guru-guru wanita.

Cikgu Seow Lin San dan Cikgu Tan Yee Ling.

Bahagian Pendaftaran.



Tn Haji Hasanuddin dan En Mohamad Adhar.


Pn Hajah Latifah sedang membentangkan usul.


Mesyuarat berjalan dengan lancar.



Ustaz Fadzil bersama hadiahnya.


Cikgu Norleza pun dapat jugak. Terima dari Pak Mentua lagi !

AIR MULA NAIK (02) 26/3/2011

|

Air naik, tapi tak laju macam selalu.

Air mula naik ke dataran perhimpunan.

Makmal Komputer masih selamat.

Laluan ke kantin.

Dataran Seri Pongsu.

AIR MULA NAIK ( 01 ) 25/3/2011

|

Pelajar Changkat Lobak datang ke sekolah naik lori.

Pemandangan dari pejabat sekolah.

Pihak RELA turut memberi bantuan.

Keseluruhan padang sekolah telah dinaiki air.

TAHNIAH TEMPAT KETIGA PERINGKAT NEGERI

|

Hari ini Isnin 21 hb Mac 2011, sewaktu perhimpunan pagi pihak sekolah menerima tetamu dari JPN, Ipoh. Tetamu itu ialah Tuan Haji Zainul Kamal bin Abd Raof, Penyelia Kokurikulum JPN. Beliau datang untuk menyampaikan cek bernilai RM500.00, sebuah piala dan sijil-sijil penyertaan kepada pihak sekolah. Tahniah kepada cikgu Yani , cikgu Ruzihaliza,cikgu Abd Haris dan empat orang pelajar yang berjaya mendapat tempat KETIGA dalam “ Cabaran Interaktif Pengguna Peringkat Negeri Perak”.Bentuk pertandingan ialah mengitar semula barang terbuang atau terpakai menjadi satu bahan lain yang lebih bermanfaat. Pertandingan ini anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Syabas dan Tahniah !

Belakang dari kiri ; Safir, Zaifollah, Norizwin dan Sarimah.
Hadapan dari kiri ; Pn. Yani, Pn Hajah Latifah, Pn Hajah Nor Hidayah, Tn Haji Zainul Kamar, Tn Haji Hasanuddin dan Cikgu Abd Haris.





MAJLIS AKURJANJI PMR/SPM 2011

|

Hari ini Jumaat 4hb Mac 2011, Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Majlis Akurjanji PMR dan SPM 2011. Program diadakan di Surau Annur SMKAP. Semua ibubapa pelajar tingkatan 3 & 5 telah dijemput untuk hadir. Satu sesi ceramah Motivasi Ibupaba telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Khori b Hj Junus, Pegawai Khidmat Nasihat & Kaunseling, Pejabat Agama Parit Buntar. Ramai ibubapa yang hadir, sehingga surau tidak muat menyebabkan ada ibubapa yang mendengar ceramah dari luar.Majlis yang bermula jam 8.30 pagi berakhir kira-kita jam 10.55 pagi.

Ustaz Khori sedang menyampaikan ceramahnya.




Kaum ibu yang berada di luar.


Abang Wahab, suami Kak Lah.
Janji kami !
Kemas balik tau.. !
T.kasih ustaz. Jumpa lagi di lain kesempatan !

SMKAP JOHAN KEJOHANAN HOKI SEK MEN DAERAH KERIAN 2011

|

Tahniah sekali lagi kepada Cikgu Arsalanshah kerana berjaya menjadikan SMKAP Johan Hoki Kategori Lelaki Peringkat Daerah Kerian. SMKAP telah menewaskan musuh tradisinya SMKSLNR 2-1.Usaha gigih beliau melatih mereka semenjak di tingkatan dua lagi. Semua warga SMKAP gembira dengan kejayaan ini.Bila ditanya " Sekolah lain prestasi merosot ka ?" Secara berseloroh dia menjawab "Tak... sekolah lain ok ja, cuma tahun ni SMKAP terlalu kuat !"

KAMI LAH JUARA

Bergambar sebelum perlawanan akhir.

Meraikan kemenangan.

Tahniah dari cikgu Adli untuk Arsalanshah.

Semasa Majlis Penutupan Rasmi.

Pasukan SMK Raja Lope Nor Rashid ( jersi kuning )

Pasukan SMK Raja Lope Nor Rashid.

Pasukan SMK Alor Pongsu.

Tergambar kepuasan dari wajah para pemain.

Cikgu pun tumpang seronok

Apa lagi... nak makan la

Cikgu pun nak makan jugak...

Makan, makan, ada orang belanja !

Nasi Goreng Pattaya dengan Milo Ais
Steady Mat ! Hang memang hebat la..

KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KERIAN,PERAK

TAHUN 2011M / 1432 H

TEMPAT

KATEGORI LELAKI

KATEGORI PEREMPUAN

JOHAN

SMK ALOR PONGSU,B.SERAI

SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG

NAIB JOHAN

SMK RAJA LOPE NOR RASHID

SMK ABU BAKAR AL BAQIR

KETIGA & KEEMPAT

SMK P.BARU & SMK B.SERAI

SMK RAJA LOPE &SMK G.SEMANGGOL


 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB