IFTAR JAMAIE 02 , MAJLIS MEMBACA YASIN DAN SOLAT SUNAT HAJAT.

|

Iftar Jamaie 02 dan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Solat Hajat telah diadakan di Surau Annur, SMK Alor Pongsu pada 30 hb Ogos 2010. Majlis bermula seawal jam 6.00 petang, dengan kehadiran para ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5. Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Zawawi Abdullah. Pihak sekolah telah menjemput Tuan Haji Arshad Hassan, Imam Masjid Jamek Ar Ridzuan, Alor Pongsu untuk menjadi khalifah bacaan Surah Yasin. Solat Sunat Hajat juga diimamkan oleh Tuan Haji Arshad dan didirikan selepas solat fardu Maghrib.Majlis berakhir jam 9.50 malam, selepas solat sunat Tarawih 8 rakaat yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Fadzil.

YDP PIBG, En Ismail Bakar sedang menyampaikan ucapan.





















IFTAR JAMAIE 01

|

Iftar Jamaie 01 telah diadakan di Mutiara Cafe , Kampung Kedah pada hari Khamis 26 hb Ogos 2010. Lebih kurang 30 guru dan kakitangan telah hadir. Pada awalnya jumlahnya lebih ramai tetapi ada yang tidak dapat hadir di saat-saat akhir. Walau bagaimanapun suasana tetap meriah dengan menu yang boleh tahan juga rasanya. Banyak lauk lebih terpaksa diagih dan dibungkus untuk dibawa pulang supaya tidak membazir. Bukankah membazir itu kulaan syaitan !

Ustaz Zawawi datang awal sebab nak baca doa.












NADWAH KEPIMPINAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN

|

NADWAH KEPIMPINAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH (NKISM) KPM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 7 TAHUN 2010

Pada tanggal 2 hingga 5 hb Ogos 2010 telah berlangsung Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Kebangsaan Kali ke 7. Kali ini giliran negeri Kelantan menjadi tuan rumah. Nadwah tersebut telah berlangsung dengan meriahnya di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Bachok, Kelantan.
Daerah Kerian telah diwakili oleh dua orang pelajar SMK Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak. Mereka ialah Zaifollah Othman dan Sarimah Mat Noor, kedua-duanya pelajar tingkatan 4 Sains. Semasa Ustaz Fadzil mengambil mereka di Plaza Tol Kuala Kangsar, ucapan pertama yang keluar.. “ Seronok la Ustaz ….”













JAM MEKAH

|

SERONOKNYA RAMADAN

|

Selesai Tarawih biasanya lapar balik. Pi la mana mana kedai makan !
Pekena Mee Rebus ka , kerang rebus ka..

Boleh jumpa kawan lama... sms ja tunggu kat mana !



AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN

|

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB