INNALLAHA MAA AL SOBIRIN

|


Seorang pelajar Tingkatan 5 Sains, Safirdaus terpaksa mengambil peperiksaan SPM berasingan dengan kawan-kawannya yang lain kerana sakit.Selepas menjalani pembedahan apendik tiga tahun yang lepas, beliau tidak dapat duduk lama. Kadang-kadang beliau terpaksa berdiri ketika guru mengajar.Semasa peperiksaan SPM beliau diasingkan di bilik khas yang telah tersedia kerusi biasa, kusyen dan juga tilam. Salah seorang pengawas peperiksaan, Cikgu Shahrizal dari SMK Raja Lope, memberitahu kadang-kadang Safirdaus terpaksa menjawab sambil berbaring.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.Semoga Safirdaus mendapat kejayaan yang cemerlang

JAMUAN AIDIL FITRI PERDANA 2010

|

Pada hari Rabu 29 hb September 2010 sekali lagi SMKAP mengadakan majlis Jamuan Perdana sempena Aidil Fitri Al Mubarak. Seawal pagi ceramah motivasi pelajar tingkatan 3 dan 5 telah diadakan. Seorang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah. Panitia Pendidikan Islam pula diberi mandat untuk mengadakan program kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 di surau selama 2 jam sementara menunggu waktu jamuan yang akan bermula jam 10.20 pagi. Program pengajaran dan pembelajaran berjalan sepenuhnya di tingkatan 4.


DJ Hamsani
















































MAJLIS KHATAM AL QURAN

|

Seramai 125 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam Program Tadarus Al Quran, sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Syukur Alhamdulillah mereka telah dapat menghabiskannya lebih awal. Para peserta bertadarus di waktu rehat dan selepas solat zohor sebelum pulang. Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada hari khamis 2hb Ogos 2010. Penyampaian bunga telur telah disampaikan oleh Pn Hajah Latifah bt Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Alor Pongsu.

Puan Hajah Latifah , Penolong Kanan Pentadbiran sedang menyampaikan ucapan.


























 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB