Membina “Rumahku, Syurgaku”
Keluarga sebenarnya adalah sendi dan asas kepada sesebuah masyarakat. Jika berkecai sesebuah keluarga, maka akan berkecailah masyarakat, dan jika aman damai sesebuah keluarga, maka aman damailah masyarakat berkenaan. Pembentukan dan pemantapan institusi kekeluargaan merupakan asas paling penting kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar.
Oleh hal yang demikian itu, asas tertubuhnya sesebuah keluarga ialah untuk mencari dan mewujudkan kebahagiaan dalam hidup dan kehidupan. Apakah setiap mereka yang berharta itu akan hidup senang dan bahagia? Jawapannya, belum pasti bahagia, malahan mungkin mereka akan mengalami nasib yang sebaliknya.
Keluarga merupakan kelompok paling kecil dalam masyarakat, sekurang-kurangnya dianggotai oleh suami atau isteri, ibu atau bapa dan anak-anak. Ia adalah asas pembentukan sesebuah masyarakat. Kebahagiaan masyarakat pula adalah bergantung kepada setiap keluarga yang menganggotai sesebuah masyarakat.
Sesuatu yang tidak dapat dilihat yang lahir dari hati - seseorang dengan sifat-sifat mulia dan terpuji serta amanah, bersyukur, sangka baik terhadap orang lain dan sebagainya yang kalau dikaitkan dalam sesebuah rumah tangga bahawa kebahagiaan itu merupakan suatu perkara yang amat perlu dalam kehidupan berkeluarga kerana ia menjamin matlamat hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Melihat kepada takrifan ´keluarga´ dan ´bahagia´, mampukah kita mencapai tahap kebahagiaan yang maksimum dalam pembentukan konsep “rumahku, syurgaku”. Mungkin dari segi zahirnya, ia mudah untuk dicapai, namun mampukah ia terjelma menerusi hakikat yang sebenar – mental dan spiritual?
Sumber : YADIM
Gambar Hiasan : Rumah Cikgu Arsalanshah.
BAITI JANNATI ( RUMAHKU SYURGAKU )
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSUPosts Relacionados:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment