
Pelajar 5 Sains berhari raya di rumah salah seorang guru mereka.
Pelajar sekolah misalnya mereka masih mahu berhari raya di rumah cikgu mereka. Cikgu mereka yang datang dari jauh , mereka setia menunggu cikgu balik dari kampung. Kueh raya, ketupat, lemang dan lain-lain lagi tidak penting. Berkunjung ke rumah cikgu dan berbual mesra itu yang lebih utama.
Pelajar-pelajar tahun akhir biasanya akan berusaha agar dapat berhari raya di rumah cikgu. Maklumlah tahun ini adalah tahun terakhir. Tahun depan mereka mungkin masuk ke IPTA atau IPTS atau terus bekerja di mana-mana. Kesempatan untuk berhari raya di rumah cikgu bersama teman-teman mungkin tiada lagi. Walau bagaimanapun penulis yakin semua cikgu akan tetap menerima kunjungan walaupun mereka itu bekas pelajar. Tetapi jarang-jarang pelajar yang berbuat begitu. Guru pula kadang-kadang menerima kunjungan mereka, itu pun bekas pelajar yang pernah didenda dan dileteri.Mana perginya pelajar-pelajar kesayangan ? Mana perginya wajah-wajah kesayangan cikgu ?
0 comments:
Post a Comment