Saturday,Jun25,
SEDERHANA TAPI MERIAH
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSUPada hari Khamis yang lalu (23hb Jun 2011 ), SMK Alor Pongsu telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan Kali yang ke 26. Agak sederhana tetapi meriah sekali. Majlis dirasmikan oleh wakil YB Dato’ Sham Mat Sahat. Cuaca yang baik, kecekapan para petugas dan hakim balapan seterusnya kerjasama dari guru-guru rumah sukan menjadikan perjalanan kejohanan berjalan lancar. Kejohanan tahun ini dijuarai oleh rumah Laksamana (kuning) , Naib Juara rumah Temenggung ( biru ), Ketiga rumah Syahbandar ( hijau ) dan Keempat rumah Bendahara ( merah ).Dalam ucapan penutup Tuan Pengetua Puan Hajah Nor Hidayah bt Hashim mengumumkan hari Jumaat cuti.
Wednesday,Jun22,
MAJLIS KONSULTASI & INTERAKSI DAN CERAMAH KEIBUBAPAAN
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSUMAJLIS KONSULTASI & INTERAKSI dan CERAMAH KEIBUBAPAAN PELAJAR TING 3 & 5 2011
Tarikh : 22hb Jun 2011
Masa : 8.30 – 12.00 tgh
Tempat : Dewan SMK Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak.
Sasaran : Ibu Bapa / Penjaga Pelajar Ting 3 ( PMR ) dan 5 ( SPM ) 2011
Judul Ceramah : Peranan Ibu Bapa / Penjaga dalam Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah Anak-Anak.
Penceramah Undangan :
Mohd Yusof bin Yahya
Pegawai Kaunseling,
Pejabat Pelajaran Daerah Kerian