Pada hari Rabu 16 November yang lalu Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program praktikal sembelihan. Ketua Projek ialah Ustaz Mohd Nizam bin Saidin. Menurut beliau sebanyak 100 ekor ayam telah disembelih oleh pelajar dan kakitangan sekolah yang ingin belajar menyembelih. Ayam-ayam yang telah disembelih akan dibawa balik ke rumah masing-masing.
Monday,Nov21,
PRAKTIKAL SEMBELIHAN
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU
Monday,Nov21,
JOHAN KUMPULAN
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU
Pada hari Sabtu 12hb November telah berlangsung Kejohanan Indoor Hoki Terbuka di SMK Mudzafar Shah, Simpang Empat, Semanggol, Perak. Dalam kejohanan tersebut SMK Alor Pongsu, telah menjadi Johan Kumpulan C. Kejohanan yang bermula seawal pagi berakhir jam 5.30 petang.
SEKOLAH | VS | SEKOLAH | ||
SMK ALOR PONGSU A | 2 |
| SMK MUDZAFAR SHAH C | 0 |
SMK ALOR PONGSU A | 2 |
| SMK AGAMA KERIAN C | 0 |
SMK ALOR PONGSU A | 3 |
| SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG | 0 |
SMK ALOR PONGSU A | 3 |
| SMK MUDZAFAR SHAH D | 0 |
SMK ALOR PONGSU A | 1 |
| SMK JAWI,SEBERANG PRAI. | 0 |
Tuesday,Oct4,
HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2011
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSUPada hari Khamis, 29hb 09 2011 pihak sekolah telah menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2011.Antara tujuannya ialah ingin memberikan penghargaan kepada pelajar yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam bidang Kokurikulum. Majlis dirasmikan oleh En Fisal bin Shafie, Timbalan PPD, Hal Ehwal Murid.
Tuesday,Oct4,
MAJLIS BACAAN YASIN DAN JAMUAN HARI RAYA
| author: SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSUPada hari Sabtu, 24hb 09 2011 telah diadakan satu majlis yang dinamakan Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Jamuan Hari Raya. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi ini dihadiri lebih kurang seribu orang. Hadirin terdiri daripada semua pelajar SMKAP, Pelajar Tingkatan 3 dan 5 berserta ibu bapa masing-masing, VIP, AJK PIBG, Ketua-ketua Kampung serta tetamu jemputan khas. Majlis bermula dengan ucapan YDP PIBG, Ucapan Tuan Pengetua seterusnya ucapan perasmian dari Datin Zakiah bt Abd Rahman, isteri YB Dato’ Syam bin Mat Sahat yang tidak hadir kerana berada di Korea.
Seterusnya Solat Hajat dan majlis bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Zawawi Abdullah. Para hadirin seterusnya menjamu selera pada jam 11.15 pagi.