Friday,
Feb
26,

SUKAN DAN ISLAM

|

Sukan Tahunan 2010
Pada hari Khamis 25hb Februari 2010, SMK Alor Pongsu, telah mengadakan temasya sukan tahunan kali ke 25. Pelajar telah berhimpun seawal 7.40 pagi. Kedatangan telah diambil untuk cabutan nombor bertuah.
Perbarisan lintas hormat bermula 8.45 pagi. Dr Abdulllah Sani telah dijemput merasmikan temasya kali ini. Temasya kali ini memuatkan beberapa acara sambutan Jubli Perak iaitu Sukan Rakyat. Beberapa acara seperti main congkak,mengayam ketupat dan menarik anak dengan upih pinang telah mendapat sambutan yang baik dari ibu bapa.
Sukan dan Islam.
Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan. Ini ialah kerana Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.

Ucapan alu-aluan dari Tn Hj Zulkipli Abd Rahman, Pengetua SMKAP
Ucapan perasmian dari Dr Abdullah Sani.
Kalau nak menang pun janganlah panggil spiderman !

Siapa nak tarik siapa ni ?



























Pasangan Juruacara, Cikgu Fariza dan Cikgu Nizar.














Orang Kuat Perbarisan.



Wednesday,
Feb
24,

RAPTAI PERBARISAN SUKAN TAHUNAN 2010

|

Sunday,
Feb
21,

MERENTAS DESA 2010

|

MERENTAS DESA 2010
Tepat jam 8.30 pagi, 20 Februari 2010 (Sabtu), warga pelajar SMKAP berkumpul di Dataran Pongsu untuk menyertai acara Merentas Desa 2010. Taklimat disampaikan oleh En. Md Zainun b Harun selaku GPK Kokurikulum. Larian Merentas Desa sejauh 3.5 kilometer merentasi Kampung Baru, Jalan Penghulu dan Jalan Bagan Serai Selama seterusnya kembali ke sekolah. Sebanyak 6 check-point yang perlu dilalui oleh semua peserta.

Cikgu baru testing, hangpa dah lari. Mai patah balik !

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB