Wednesday,
Dec
9,

LAPORAN RINGKAS WARDEN BERTUGAS (8/12/09 )

|


Wednesday,
Dec
2,

JAMUAN TAUTAN KASIH SM TEKNIK /SMKAP

|

Dari kiri, Tn Hj Abd Wahid (Penolong PPD Pengurusan Akadmik Vokasional & Teknik ),En Ahmad Faisal ( Penolong PPD Hal Ehwal Murid ) , Pengetua SM Teknik dan Pengetua SMK Alor Pongsu.


Pada hari ini Selasa 1hb Disember 2009 satu majlis yang besar maknanya bagi warga Sek. Men.Keb. Alor Pongsu dan Sek. Men. Teknik Kerian . Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara dua sekolah. Bagi pihak kami ( SMKAP ) selain tujuan tadi , ianya sebagai tanda terima kasih terhadap layanan yang diberikan oleh pihak SM Teknik terhadap calon SPM yang menumpang akibat banjir. Setiap sesuatu kejadian ada hikmahnya. Kita sebagai hamba Allah SWT wajib menyedari dengan redha.

Friday,
Nov
27,

TAKZIAH UNTUK CIKGU AZHAR DAN KELUARGA

|

TAKZIAH UNTUK CIKGU AZHAR DAN KELUARGA

Marilah kita sama-samalah sedekahkan pahala bacaan al Fatihah untuk arwah ayahanda cikgu Azhar bin Shaharuddin yang telah pergi mengadap Ilahi pada pukul 6 pagi Khamis 26hb November 2009 akibat sakit tua. Arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, setelah koma lebih kurang seminggu. Menurut cikgu Azhar hati arwah bapanya yang berumur 74 tahun itu telah pecah.
Jenazah Allahyarham yang telah siap dimandikan , dikafankan serta disolatkan telah dibawa pulang ke Taiping,Perak menggunakan van jenazah yang disewa. Mereka bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang 12.00 tengahari dan tiba di Masjid Simpang Empat Taiping pukul 2.30 petang. Sekali lagi jenazah disolatkan oleh jemaah masjid dan saudara mara yang sedia menunggu. Bacaan Tahlil dan Talkin selesai lebih kurang 3.30 petang.
Antara warga SMKAP yang hadir ialah cikgu Arsalanshah, cikgu Zainun,Tn Haji Hasanuddin dan beberapa orang lagi termasuk Kak Ramlah dan suami ( Abang Wahab ).
Ucapan takziah kepada cikgu Azhar dan keluarga .Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan keampunan kepada roh ayah cikgu.



Masjid Jamek Simpang Empat Taiping. Gambar Kecil : Cikgu Azhar.

Wednesday,
Nov
25,

SELAMAT PENGANTIN BARU

|



Saturday,
Nov
21,

TERIMA KASIH KEPADA PASUKAN BOMBA DAN MDK

|


Hari ini Jumaat 20 hb November , kerja-kerja membersihkan kawasan sekolah diteruskan dengan bantuan pasukan Bomba dan Majlis Daerah Kerian (MDK). Kesan busuk dari air ladang kelapa sawit sukar hilang dan bersih jika tekanan air rendah .Pihak MDK pula memungut sampah dan juga peralatan yang rosak.








 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB