|


CERAMAH DI AMBANG RAMADAN 1433H
20 Julai 2012/30 Syaaban 1433H.

"Iktibar Peristiwa Israk Mikraj di bulan Rejab dan peralihan Qiblat di bulan Syaaban sepatutnya menjadikan kita lebih bersiap sedia menghadapi bulan Ramadan yang mulia dengan memperingkatkan kualiti ibadah kita terutamanya solat"
Ustaz Shahril Nizam bin Yaakob


Sejahterakanlah tubuh badan kami...Amin.

|

DOA KHAS
HARI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KE -27
SMK ALOR PONGSU TAHUN 2012










بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

YA ALLAH, YA RAHMAN

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana telah mengizinkan kami untuk hadir dan berada dalam Kejohanan balapan dan padang ke-27 pada hari ini.

YA ALLAH, YA RAHIM

Sejahterakanlah tubuh badan kami, Sejahterakanlah pendengaran dan penglihatan kami, agar kami dapat menjalankan aktiviti pada hari ini, dengan lancar dan sempurna, serta terpelihara, dari sebarang kecederaan dan bahaya.

YA ALLAH, YA FATTAH, YA ALIM

Berkatilah usaha-usaha kami ini, mudah-mudahan ia akan dapat memupuk sifat kerjasama, semangat juang dan kesukanan yang tinggi, seterusnya sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, disegani, dihormati, sekolah yang akan melahirkan, pelajar-pelajar yang gemilang, dalam aspek
akademik, dan kokurikulum, serta berjaya, di dunia dan di akhirat.


اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB