GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

|

Seawal jam 7.40 pagi, semua guru dan pelajar SMKAP telah berkumpul di tapak perhimpunan. Guru –guru seperti akan menyanyikan lagu Guru Malaysia. Seterusnya penyampaian hadiah dari pelajar kepada guru. Jam 9 pagi bermulalah acara padang, ramai guru menyertai acara ini dan berpasangan dengan pelajar bagi mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar.Keseronokan dan kemeriahan terpancar di setiap wajah guru yang selama ini berusaha mendidik pelajar ke arah kecemerlangan.
Selepas rehat kira-kira jam 11.30 pagi semua guru dan pelajar berkumpul di Dewan Sekolah untuk menyaksikan persembahan dari guru dan pelajar.Majlis berakhir jam 2.00 petang.
Selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, di harap semua guru akan terus mendidik anak pelajar agar matlamat negara untuk melihat pelajar berjaya dengan cemerlang terlaksana.



































LAWATAN K.R.S KE TLDM LUMUT.

|

Kadet Remaja Sekolah (KRS ) SMK Alor Pongsu, telah berpeluang melawat TLDM pada hari Sabtu 7hb Mei 2011. Terbayang kepuasan di wajah mereka. Mereka telah dibawa ke tiga tempat iaitu pengkalan kapal, lapangan helikopter dan Galeri TLDM. Di pengkalan TLDM sahaja memakan masa hampir tiga jam.Selepas mendirikan solat Fardu Zohor dan Asar secara Jamak Takdim, mereka dibawa ke pekan Lumut sekejap sebelum pulang.Ketua rombongan ialah Ustaz Mohd Zawawi dan Cikgu Shelyzatul Suhaila.
































 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB