WATA'AWANU ALAL BIRRI WAT TAQWA

|

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran“…Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.” (Al Maidah: 2)

Saudaraku sekalian, ayat yang sangat indah ini merupakan penegasan perintah dari Allah SWT akan kewajiban tolong menolong dalam kebaikan dan takwa serta larangan untuk tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Mari kita muhasabah terkait dengan kandungan ayat ini. Tentu bagi kita yang beriman kepada Allah SWT akan sentiasa muhasabah diri. Apakah saya sudah benar-benar melaksanakan perintah Allah ini?atau malah mengingkarinya? Kita semua berlindung kepada Allah dari kejahatan-kejahatan diri kita. Dan memohon ampun, beristighfar atas maksiat yang kita lakukan di masa lalu.


MAJLIS TADARUS AL QURAN 2010

|


Pada tanggal 11hb Mac 2010 ( hari Khamis ) telah berlangsung Majlis Tadarus Al Quran Sekolah Sekolah Menengah Daerah Kerian. Majlis yang diadakan di SMK Agama Kerian telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd b Hj Taib, Timbalan Pengarah ( Pengurusan Pendidikan Islam ), Bahagian Pendidikan Islam,KPM. Pada tahun ini hanya 5 acara yang dipertandingakn iaitu Tilawah,Hafazan,Syarahan,Kuiz Agama dan Kuiz Bahasa Arab. Disebabkan tiada pertandingan di peringkat zon, maka diputuskan penerima hadiah sampai ke tempat kelima.Sebanyak 22 buah sekolah yang mengambil bahagian. Peserta SMK Alor Pongsu telah memenangi 3 hadiah melalui Tilawah L, Tahfiz L dan Kuiz Agama. Syabas SMKAP, tahun depan kita tambah lagi !


Ketua Hakim, Ustaz Rosman dari SMK Mudzafar Shah.
Para hakim yang arif lagi bijaksana.
Peserta SMKAP Mohd Shaffiq b Hamsi.
Mereka bertugas membantu Ustaz Zulkifli.
Backdrop pertandingan.
Peserta SMKAP bergambar bersama Ustaz Zawawi dan Us Zulkifli.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

|

Ustaz Muhammad Fadzil, penceramah dalaman.

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT ? Pada hari ini Isnin 8hb Mac 2010, SMKAP telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dalam suasana yang cukup sederhana tapi meriah. Penceramah kali ini giliran Ustaz Muhammad Fadzil Salleh


Ustaz Zawawi sedang mengetuai selawat.




TAHNIAH PASUKAN HOKI SEKOLAH

|

Pada tahun ini pasukan hoki sekolah telah melakar sejarah baru dalam kejohanan hoki sekolah sekolah menengah daerah Kerian. Kejohanan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 2 hingga 4 hb Mac 2010 bertempat di SMK Pekan Baru, Parit Buntar. Setelah berjaya menewaskan musuh tradisi SMKA, pasukan SMKAP hampir menjadi juara dalam perlawanan akhir menentang SMK Abu Bakar Al Baqir. Keputusan seri 1-1 berterusan hingga ke waktu tambahan. Akhirnya SMKAP tewas dalam penentuan pukulan penalti. Perlawanan akhir turut disaksikan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Zulkipli b Abdul Rahman. Semoga mereka berjaya.
Seramai tujuh orang pemain dari SMKAP telah dipilih untuk mewakili pasukan daerah bawah 18 tahun di Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Sekolah Perak 2010 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh pada 13 hingga 16 Mac akan datang. Mereka ialah Mohd Haikal Shafiq Baharudin, Mohd Shaffiq Che Umar, Muhd Nurizam Deris, Mohd Safirnazrin Mohd Fadli,Muhd Haris Ridhuan Mad Suaud dan Mohd Sharani Isahak.
Tahniah kepada para pemain, dan kepada Cikgu Arsalanshah yang melatih para pemain " Wa Caya Lu "

Penolong Jurulatih Cikgu Zul

Kata kata perangsang dari Cikgu Arsalanshah. Beliau juga jurulatih daerah.

Satu tak cukup, dua tak cukup, banyak-banyak pun tak cukup !



Penjaga Masa yang setia.






 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB