SEJARAH PEMBINAAN

|


Pada awalnya, pelajar SMKAP menggunakan 2 buah kelas di bangunan lama yang dijadikan musolla.
Memandangkan kelas yang digunakan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai dan kurang sesuai untu k diadakan aktiviti keagamaan, maka dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah serta PIBG,
Surau Annur telah dibina dan siap sepenuhnya pada tahun 2000.

Surau Annur dicadangkan pembinaannya pada awal tahun 1996 semasa pentadbiran pengetua Tn. Hj. Abdullah Khir b. Hj. Sulaiman dan diambil alih oleh penggantinya Tn. Hj. Idris b. Abdullah sehingga selesai.
Pihak sekolah telah mencetak resit-resit yang bernilai RM2.00, RM5.00, RM10.00, RM20.00 dan RM50.00 dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk kutipan derma melalui guru-guru dan AJK PIBG.
Kutipan sumbangan berupa wang dan bahan binaan sebanyak RM14,646.00 telah berjaya dikumpul dan proses pembinaannya telah bermula pada awal tahun 1999.
Kontraktor yang terlibat ialah Allahyarham En. Ahmad b. Mat Isa yang juga merupakan YDP PIBG SMKAP ketika itu.
Nama surau Annur adalah cetusan idea daripada semua guru-guru yang mencadangkan nama-nama tertentu dan akhirnya dipersetujui sebulat Annur sebagai nama surau Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu.



SAMBUTAN HIJRATUL RASUL DAN A'SYURA

|

Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak""Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".
Seperti biasa, menjelang sahaja bulan Muharram semua warga SMKAP secara gotong royong mengacau kueh' Asyura'. Berdasarkan kepakaran dan pengalaman kueh akan siap menjelang 2.00 petang tanpa mengganggu p & p. Pelajar akan dapat makan sebelum pulang ke rumah.

MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

|


Pertama kali diadakan pertandingan sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul. Pelajar berarak sambil berselawat dari rumah guru ke Dataran Pongsu. Seterusnya pelajar mendengar ceramah dari Ustaz . Semua guru dan pelajar khusyuk mendengar ceramah lebih kurang satu jam.

 

©2009 SURAU ANNUR SMK ALOR PONGSU | Template Blue by TNB